Powered by Blogger.

Berbaju kurung ke pesta arak merdeka, Insaflah Wahai Kalian

 
KUALA LUMPUR - Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, di sini.

Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema ‘rumah terbuka Aidilfitri’ anjuran kelab berkenaan.

Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama ‘bintang-bintang’ ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.

Pada awalnya, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu berlangsung aman, bagaimanapun beberapa pengunjung gagal memberi kerjasama membuatkan pihak penguat kuasa Jawi terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum dapat menyelesaikan ketegangan yang berlaku.

Beberapa petugas media juga menjadi ‘mangsa’ sasaran pengawal kelab yang bertindak mengarahkan semua rakaman dipadamkan sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Jawi, Mohamad Rais Rasid berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 30 pengunjung yang disyaki meminum minuman keras, ditahan untuk siasatan lanjut manakala 20 lagi diberi notis perintah hadir kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

“Setiap tahun kita laksanakannya tetapi kali ini agak mencabar kerana membabitkan pengunjung yang terlalu ramai dalam kalangan Melayu Islam dan itu amat menyedihkan kerana tempat ini tidak sesuai untuk sambut merdeka. Ada hidang arak serta pencampuran lelaki dan perempuan,” katanya selepas operasi berkenaan.

Operasi bermula jam 12 tengah malam itu berakhir kira-kira jam 4 pagi melibatkan 71 anggota penguat kuasa Jawi dan juga polis.

Mohamad Rais berkata, siasatan turut dijalankan ke atas penjual arak yang mana jika sabit salah boleh membawa didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, dua remaja berusia 20 tahun ditahan kerana berkhalwat hasil serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.

Pihak penguat kuasa Jawi terpaksa menunggu kira-kira empat minit sebelum pintu dibuka dan mendapati remaja perempuan itu cuba menyembunyikan diri dalam tandas bilik hotel dalam keadaan separuh bogel.

Kedua-duanya dibawa ke Jawi sebelum diikat jamin dan kes disiasat mengikut seksyen 27 kerana berkhalwat dan jika sabit salah denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Sinar Harian

Gaji CEO-CEO Dan Orang Pangkat Besar Di Malaysia

PEMIMPIN TERTINGGI
 
Berdasarkan laporan tahun yang dikeluarkan lewat tahun 2009, berikut nilai gaji pemimpin-pemimpin tertinggi Malaysia:
  •     Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  •     Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
  •     Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
  •     Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
 
GAJI PERDANA MENTERI NEGARA LAIN :
  • Gaji Perdana Menteri Singapura : Lee Hsien Loong – $3 juta setahun (RM7.25 juta setahun, RM600,000 sebulan)
  • Gaji Presiden Amerika : Barack Obama – US$400,000 setahun(RM1.4 juta, RM116,666 sebulan)
  • Gaji Perdana Menteri Britain : David Cameroon – £194,250 (RM1.1 juta, RM91,666 sebulan)
  • Gaji Perdana Bekas Menteri Australia : Kevin Rudd – AU$330,300 (RM942,570, RM78,560 sebulan)
Kalau di negara Singapura, gaji Perdana Menteri diberikan setara dengan gaji ceo bagi kebanyakan syarikat gergasi di negara berkenaan. Ini kerana mereka beranggapan tugasan dan cabaran yang digalas oleh pemimpin Singapura adalah sama dengan penaung syarikat terkemuka di negara kota Singa itu.
Berlainan pula, gaji CEO di Malaysia adalah jauh yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri dan juga barisan kabinet Malaysia. Pendapatan mereka ini termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 [Akta 237]
1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak
CEO CIMB Group Holdings Berhad
RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)
2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)
CEO Sime Darby Berhad
RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)
3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff
CEO Bursa Malaysia
RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)
4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar
CEO Maybank Berhad
RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)
5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin
Boustead Holdings Berhad
RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)
Elaun Ahli Dewan Rakyat Dan Ahli Dewan Negara
  • Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
  • Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
  • Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
  • Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari
  • Elaun Hiburan : RM1,500
  • Elaun Istimewa : RM1,500
  • Elaun Pengangkutan : RM1,500
  • Elaun Telefon : RM900
  • Elaun Pemandu : RM1,200
  • Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
  • Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
  • Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan : RM150 sehari
  • Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi : RM350 semalam (maksimum)
Lain-lain kemudahan:
Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :
a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000
Diantara CEO syarikat GLC negara dengan gaji yang paling banyak sekali..
1. NAMA : DATO’ SERI CHE KHALIB BIN MOHAMAD NOH
JAWATAN : CEO TNB
GAJI : RM 1,107,280,00
2. NAMA : TAN SRI ROZALI BIN ISMAIL
JAWATAN :CEO SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd) & PUNCAK NIAGA HOLDING
STATEMENT GAJI ; Setahun – RM5.1juta
Sebulan – RM425,000
Sehari (8jam) – RM14,166
Sejam – RM1,770
Seminit – RM29.51
BEKAS CEO MAS : DATO IDRIS JALA
Kalau sebelum ini, Idris Jala merupakan CEO MAS yang mana pendapatannya adalah sekitar RM100,000. Sekarang ini, beliau sudah pun meninggalkan sektor swasta untuk menyertai kabinet Malaysia yang ada pada hari ini apabila dilantik sebagai senator dan menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Berdasarkan laporan tahun 2008, pendapatan bagi Ketua Pegawai Eksekutif MAS ini di antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta setahun.
Setelah bergelar MENTERI
Elaun bulanan sebagai Datuk Idris Jala adalah sebanyak RM14,907, 20 ditambah dengan jawatannya sebagai senator di mana beliau turut menerima RM4,112.79. Ini tidak termasuk beberapa faedah dan inisiatif lain yang bakal anda lihat di bawah ini nanti yang jumlah minimumnya adalah sebanyak RM25, 619.99.
Tetapi untuk setakat hari ini belum dapat dipastikan adakah imbuhan yang diterima termasuk sekali tugasan beliau selaku Ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan juga ketua bagi unit KPI kerajaan Malaysia.

Makhluk Ganjil Gergasi Ditemui Di Perairan Arabian Gulf

Makhluk ini ditemui oleh tentera laut Iran dan cuba anda lihat sendiri makhluk ini. Mesti sukar untuk anda menekanya.
 
 
 
 

Ngeri! Tangan Pekerja TNB Hampir Putus Ditetak..!

 
SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.

"Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam. Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di Kuala Lumpur untuk pembedahan.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - BERNAMA
 

Pengikut Syiah Di Malaysia Cecah 250,000


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengesan terdapat 250,000 pengikut Syiah di negara ini dengan sepuluh kumpulan dikenal pasti bergerak aktif.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, jika sepuluh tahun dahulu mereka cuma terdiri komuniti kecil dan mempunyai tiga buah markas sahaja, tetapi kini markas mereka hampir di seluruh negeri.

“Perkembangan teknolgi maklumat antara faktor memudahkan pergerakan kumpulan berkenaan menyebarkan fahaman apatah lagi orang ramai mudah untuk akses kepada pelbagai bentuk laman sosial dan media sosial,” katanya di sini hari ini.

Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996. Penularan fahaman Syiah kian membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam.

Abdul Rahim berkata usaha untuk memerangi dan membanteras pergerakan Syiah secara total perlu dilaksanakan secara bersepadu dan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada satu agensi sahaja.

“Di pihak KDN misalnya dari segi keselamatan menerusi Polis Diraja Malaysia, Pendaftar Pertubuhan (ROS), kawalan bahan penerbitan menerusi Akta Percetakan dan Penerbitan, pengeluaran cakera padat (CD) dan Cakera Padat Digital (DVD) menerusi Lembaga Penapisan Filem sementara kemasukan pihak luar menerusi Jabatan Imigresen,” katanya.

Daripada aspek akidah pula, Abdul Rahim berkata ia di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), media sosial (Kementerian Komunikasi dan Multimedia), hubungan luar (Kementerian Luar) dan institusi pengajian tinggi (Kementerian Pendidikan).

Berhubung tangkapan, beliau berkata dua tangkapan pernah dibuat sebelum ini iaitu pada 1996 di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) dan pada 2012 oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Dalam tangkapan oleh JAIS itu seramai 200 pengikut ditahan, namun dibebaskan apabila terdapat masalah teknikal dari segi perundangan ketika pendakwaan dijalankan,” katanya.

Mengenai tindakan mengharamkan buku dan bahan penerbitan pula, katanya setakat ini sepuluh judul buku telah diharamkan antaranya Pengantar Ilmu-Ilmu Islam, Dialog Sunnah Syiah dan Tafsir Sufi Al Fatihah Mukadimah yang didapati mengandungi bahan-bahan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Buku Tokoh-Tokoh Terkemuka Ahlul Bait Nabi (Jilid tiga dan Jilid empat), yang antara kandungannya mendakwa Ali Abi Talib sebagai penerus syariah selepas wafat Rasulullah yang berhubung dengan konsep Imamiah dalam fahaman Syiah.

Ditanya sama ada kumpulan itu dipergunakan sesetengah pihak untuk mewujudkan keadaan tidak tenang, beliau tidak menolak kemungkinan tersebut kerana sudah menjadi satu kelaziman bila sesuatu isu atau masalah berlaku ada pihak yang cuba ‘menangguk di air keruh’ atau mengambil kesempatan.

Namun, katanya KDN senantiasa memantau keadaan termasuk kemungkinan terdapat pengikut kumpulan tersebut yang terbabit dengan kegiatan militan.

Mengenai status warta mengenai ajaran Syiah dan Pengharaman (Enakmen Anti-Syariah) di negeri-negeri, beliau berkata setakat ini 10 negeri telah mewartakan ajaran Syiah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala empat negeri (Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak) masih dalam proses pewartaan.


– Bernama

Di Kulim Hi-Tech Pagi Tadi


Lokasi kemalangan terletak berdekatan dengan Kilang Saint Gobain dan First Solar. Yang mana mangsa terlibat dalam kemalangan ini adalah terdiri daripada kalangan kakitangan TNB (Tenaga Nasional Berhad) sendiri. 5 orang kakitangan TNB kesemuanya.

Kemalangan ini agak teruk sehingga menyebabkan tiang lampu jalan bersekali dengan bongkah batu foundation pun boleh tercabut sama dan dalam pada masa yang sama mangsa-mangsa telah tercampak keluar. Anda boleh bayangkan bagaimana keadaannya. Ramai yang mengatakan kereta telah dipandu laju.

Kemalangan yang berlaku pagi tadi berpunca kereta mangsa yang gagal dikawal telah berpusing dan melanggar tiang lampu.

Rogol Kekasih Bawah Umur



KOTA BHARU - Padah rogol kekasih bawah umur, seorang buruh dihukum penjara sembilan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusuff Yunus selepas, Mohamad Abdul Latif Mamat, 21, mengaku salah atas tuduhan itu.

Dia didakwa merogol remaja yang berusia 15 tahun enam bulan itu di sebuah rumah di Kampung Raja PCB di sini, 14 April lalu.

Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, mangsa didatangi bekas teman lelakinya itu dengan mengetuk tingkap rumah.

Apabila dibuka, tertuduh terus masuk ke ruang tamu dan memeluk remaja itu. Selepas itu, dia serta-merta menutup mulut, menolak dan membaringkan mangsa di atas lantai.

Mangsa cuba melawan, bagaimanapun, diugut akan menghebohkan perkara itu kepada semua orang. Sambil memeluk mangsa, tertuduh meraba dan merogolnya.

Mereka kemudian tertidur sehingga disedari ibu bapa mangsa yang mahu mengejutkannya untuk ke sekolah pada jam 6.30 pagi.

Selepas diceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya, mangsa kemudian membuat laporan di balai polis Kota Bharu.

Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali memohon hukuman berat dikenakan kepada tertuduh mengambil kira jenayah serius yang dilakukan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu hanya tertunduk ketika hukuman diputuskan.

Sumber

Tak Sanggup Lihat Anak Meronta



ALOR GAJAH - “Ya ALLAH, selamatkanlah aku...” itulah rintihan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun ketika di rawat oleh seorang doktor di Hospital Besar Melaka, baru-baru ini.

Menurut ibu kanak-kanak terbabit, Zuriyah Yusof, 42, dia tidak sangka ayat itu terkeluar dari mulut anaknya, Nur Farah Wahida akibat terlalu sakit.

“Ketika itu, doktor sedang bubuh ubat pada badannya yang melecur. Bila doktor letakkan kapas di belakang badannya dan menarik kapas tersebut, Farah terus menangis dan meronta sakit.

“Waktu itulah, saya dengar Farah berkata 'dia tak nak mati dahulu, dia tak nak tinggalkan ibu',” katanya.

Menyorot kembali kejadian, Zuriyah berkata, anaknya dibawa ke Hospital Melaka, 1 Ogos lalu selepas diarahkan Hospital Alor Gajah untuk menjalani rawatan susulan akibat terkena ekzos motosikal pada Ramadan Ke-10.

Ketika kejadian, dia dan seorang lagi anaknya, Intan Nurazlinda, 16, dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya dan anak-anak menaiki motosikal sebelum diekori seorang penunggang tidak dikenali. Tiba-tiba orang itu halang laluan kami untuk meragut menyebabkan motosikal kami terbabas tepi jalan.

"Motosikal kami menghempap badan Farah dan mengenai ekzos, sementara penjenayah itu terus melarikan diri tidak jadi ragut," katanya.

Menurutnya, badan Farah melecur teruk akibat kejadian itu sebelum dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan, sebelum merujuk ke Hospital Melaka

Kecewa layanan hospital

Bagaimanapun, Zuriyah kecewa apabila dia menerima layanan buruk ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

"Saya tidak menduga, bukan sahaja saya tetapi layanan terhadap Farah juga tidak memuaskan. Malah, kata-kata kurang enak juga dilemparkan seorang doktor wanita yang bertugas sehingga benar-benar mengguris perasaan saya sebagai seorang ibu.

“Sudahlah tak sanggup lihat anak sengsara, malah telinga dan hati saya juga begitu pedih mendengar setiap perkataan dilemparkan doktor berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Jelatang, dekat sini, semalam.

Zuriyah berkata, dia juga kecewa apabila doktor berkenaan menuduh anaknya itu berpura-pura sakit untuk mendapatkan perhatian.

Sementara itu, masalah dialami Zuriyah itu mendapat perhatian Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan Negeri Melaka, Datuk Ab Rahaman Ab Karim yang meluangkan masa melawat keluarga berkenaan, semalam.

Menurut Ab Rahaman, pihaknya sudah menghubungi Pengarah Kesihatan Melaka untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

“Kita akan tubuh jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan ini. Jika benar, kita akan pasti tindakan diambil kerana boleh memberi impak tidak baik kepada hospital berkenaan.

“Tahap perkhidmatan hospital Melaka kini baik. Bila kes sebegini timbul, ia tidak boleh dipandang remeh," katanya.

Ab Rahman berkata, buat permulaan kedua-dua pihak akan dibawa bersemuka untuk mencari penyelesaian secara baik tidak lama lagi.

Sumber

Imam Nafi Cium Mulut Amalan Kariah



PENDANG – Video adegan jemaah cium mulut khatib sebaik selesai membaca khutbah Hari Raya Aidilfitri di sebuah masjid yang dikatakan berlaku di Daerah Pendang tersebar luas melalui laman sosial baru-baru ini.

Penyebaran video itu mengejutkan ramai pihak malah ada yang menyifatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh golongan fahaman Syiah. Kelakuan yang dirakamkan dilihat pelik apabila beberapa jemaah meluru dan menunggu di belakang khatib.

Video berdurasi 2:02 itu mendapati beberapa jemaah bertindak meluru ke arah mimbar ketika khatib sedang membaca khutbah dan diakhiri video itu dikatakan seorang jemaah terbabit bertindak mencium mulut khatib berkenaan sebaik sahaja selesai berkhutbah.

Justeru itu, Sinar Harian berusaha mencari khatib yang dimaksudkan dalam video itu dan difahamkan kejadian itu berlaku di Masjid Ar-Rahman Kampung Paya Kerchut Pendang.

Imam Masjid Ar-Rahman Kampung Paya Kerchut, Mokhtar Mohamad kelihatan tenang ketika Sinar Harian memperkenalkan diri dan menjelaskan bahawa dakwaan laman sosial mengatakan seorang jemaah bertindak mencium mulutnya adalah tidak benar.

“Adegan cium mulut sama sekali tidak berlaku dan saya rasa sudut kamera ketika video itu direkodkan menampakkan seolah jemaah itu mencium mulut saya.

“Pada hakikatnya, jemaah meluru dan menunggu di belakang saya bertujuan untuk bersalam, memeluk dan berlaga pipi sahaja,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di masjid itu semalam.

Jelasnya, bersalaman, memeluk dan berlaga pipi merupakan perkara yang sering dilakukan dalam kariah ini sejak puluhan tahun dahulu.

“Budaya ini menjadi keseronokan pada hari raya bagi anak kariah masjid ini dan satu kegembiraan bagi anak kariah pertama yang dapat bersalaman dan memeluk imam menyebabkan mereka berebut datang ke hadapan.

“Ada golongan menyifatkan perbuatan tersebut adalah amalan Syiah namun selama 13 tahun saya menjadi imam masjid ini mendapati tiada pengikut Syiah dalam kariah ini,” katanya.

Mokhtar berkata, budaya memeluk, berlaga pipi sering dilakukan oleh anak kariah terdiri daripada anak murid, saudara-mara dan kenalan rapat.

Katanya, dua jemaah yang tunggu meluru ke arah mimbar adalah jirannya dan merupakan anak kariah yang sering datang ke masjid melakukan solat secara berjemaah.

Sementara itu, katanya, beliau juga telah mengumumkan permohonan maaf ketika solat Jumaat lepas di masjid itu daripada seorang jirannya yang memuat turunkan video tersebut.

“Jiran saya yang menetap di Putrajaya dan pulang berhari raya telah memuat turunkan video itu namun dia memaklumkan kepada saya melalui panggilan telefon bahawa tidak berniat untuk menjadikan perkara yang berlaku sekarang.

“Dia juga minta maaf kepada saya dan minta saya yang dipanggilnya Pak Long agar membuat pengumuman di masjid menjelaskan perkara sebenar kepada anak-anak kariah,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul ketika dihubungi berkata dia telah mengetahui perkara itu dan menjelaskan budaya berpeluk dan mencium imam adalah perkara biasa bagi penduduk kampung di situ.

“Saya orang kampung ini dan ketika kejadian saya ada dalam masjid itu. Budaya peluk, cium dengan imam adalah kebiasaan di sini. Cerita cium mulut tak benar," katanya.

Petua Dan Tips Bibir Cantik Menawan

 
Petua Dan Tips Bibir Cantik Menawan | Mungkin ramai diantara kaum wanita inginkan bibir cantik menawan. Tapi ada diantara mereka yang masih tidak tahu apa punca bibir jadi hitam, mengelupas dan kelihatan tidak segar. Semestinya mereka ini ingin kan cara dan tips yang boleh menjadi kan bibir kelihatan lebih sihat.
APAKAH PUNCANYA ?
Bibir yang menggelupas, hitam dan kering adalah disebabkan kurangnya collagen dalam bibir. Makanan dan minuman yang anda makan biasanya mengandungi bahan kimia yang banyak boleh mengakibatkan kerosakan bibir. Malah kekurangan vitamin C juga menyebabkan bibir kering dan hitam, namun jika pengambilan vitamin C yang berlebihan boleh membuatkan nafas berbau. Oleh itu, terdapat beberapa tips dan petua yang memudahkan anda melakukan penjagaan bibir dengan berkesan.

Petua Dan Tips Bibir Cantik Menawan

1 . Jangan biasakan untuk menjilat atau membasahkan bibir terutama ketika bibir tengah kering. Ini kerana air liur mempuyai enzim yang menyebabkan kerengsaan pada luar bibir.
2. Jadikan lipbalm sebagai teman baik anda. Bawalah selalu keman-mana anda pergi.
3 . Jangan gelupas atau tarik kulit bibir yang mati. Ia akan menyebabkan bibir anda luka dan berdarah. Seeloknya gunakan kain yang bersih atau wet tissue untuk mengelap bibir yang gelupas itu.
4 . Pilihlah gincu yang sesuai supaya tidak tersalah pilih kerana ia akan menyebabkan bibir anda hitam dan kering. Bagi penggemar gincu juga, tidak perlulah menggunakan gincu yang sudah setengah tahun umurnya, kerana ia akan merosakkan bibir anda.
5 . Elakkan daripada selalu memakan makanan yang pedas, panas dan bergetah seperti duku.
6 . Bagi yang gemar menggunakan bahan semulajadi, hirisan tomato boleh di saukan pada bibir anda. Biarkan selama 10-15 minit dan lakukan nya sebanyak 2 3 kali sehari. Hasilnya , bibir anda kelihatan lebih halus dan bebas dari pecah-pecah.
 
7. Jus lemon yang dicampur madu juga memerahkan bibir anda kerana jus lemon merupakan pemutih alami yang mengandungi gilseran yang baik untuk kesihatan kulit. Tambahan pula, madu boleh melembapkan kulit serta bibir kelihatan semulajadi lebih lembap. Untuk hasil yang baik, lakukan sebanyak 2 kali seminggu terutama dalam suhu sejuk dan panas.
8. Minum air 8 gelas sehari boleh mencegah dehidrasi yag menyebabkan bibir kering dan merekah.
9. Bersih gincu sebelum tidur, boleh mengelakkan debu dan bakteria melekat.
10. Jangan merokok dan minum alkohol (haram bagi Muslim) kerana rokok dan alkohol mempunyai bahan kimia yang boleh hitamkan bibir .

Pengguna Online Perlu Pastikan Logo PUIM Elak Penipuan


PUTRAJAYA – Pengguna yang ingin membeli-belah secara online dinasihatkan supaya melakukan pembelian melalui laman web yang mempunyai logo Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) bagi mengelak sebarang penipuan atau kerugian.

Presiden PUIM, Mohd. Azrul Mohd. Nor berkata nombor siri dan logo PUIM merupakan bukti bahawa status seseorang usahawan Internet telah disahkan oleh pihak persatuan dimana hak pengguna dapat dilindungi.

“Buat masa ini sejumlah 130 syarikat atau perusahaan yang melakukan jualan di internet telah mendapat logo PUIM.

“Sekiranya pelanggan berdepan dengan penipuan atau sebarang masalah perkhidmatan, mereka boleh menyemak melalui PUIM dan kita akan dapat menghubungi usahawan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan Usahawan Internet, di sini hari ini.

Sementera itu, beliau berkata laman sosial seperti facebook berjaya melahirkan ramai peniaga dan usahawan baru, selain membantu mengembangkan perniagaan mereka.

Menurutnya, kebanyakan peniaga kecil-kecilan yang berniaga melalui Internet menyasar kepada pelanggan wanita dengan menjual produk kecantikan dan kosmetik, tudung dan pakaian wanita. – Bernama

 

Elakkan Tertipu Semasa Membaiki Kenderaan

 
Aduan² yang asyik diterima ialah:
 
Kos pekerja yang berlebihan. Walaupun ada papan tanda menunjukkan harga peralatan dan bayaran perkhidmatan tetapi caj yang dikenakan selalunya terlebih mahal.
Masa yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu kerja sangat lama dan belum tentu memuaskan hati pengguna.
Kebanyakan mekanik tidak memperbaiki kenderaan seperti yang dikehendaki oleh pengguna sebaliknya mereka sering membuat kesimpulan sendiri tanpa perlu membuka bonet sekalipun.
 
Sedangkan secara keseluruhannya adalah lebih menjimatkan jika mekanik yang membaiki kenderaan itu menukar keseluruhan bahagian yang rosak pada satu-satu masa dan bukanya memperbaiki bahagian demi bahagian dalam masa yang berlainan.
 
Adalah wajar bagi pihak pengguna diberitahu terlebih dahulu sebelum sebarang kerja membaiki dilakukan.
 
Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak sign atau menandatangani sebarang surat kebenaran secara membuta tuli untuk membaiki kenderaan mereka. Pengguna perlu mendapatkan penjelasan terperinci mengenai kerja-kerja membaiki kereta yang benar-benar diperlukan.
 
Pengguna-pengguna juga tidak dapat menentukan lama masa yang diambil untuk membaiki kenderaan dan sama ada bayaran yang dikenakan berpatutan atau tidak. Para mekanik seharusnya memberi keterangan mengenai hal tersebut.
 
Beberapa kesulitan turut dialami oleh pengguna ketika proses membaiki kenderaan mereka berlangsung termasuk:
 
Pengguna mendapati sukar untuk berhubung dengan pihak pengurusan syarikat berkenaan untuk membincangkan kemusykilan mereka. Kebiasaannya pekerja-pekerja bawahan tidak dapat memberi jawapan munasabah bagi menyelesaikan kemusykilan yang dikemukakan kepada mereka.
Sering kali juga kerja² membaiki kenderaan diterangkan mengikut cara teknikal sehingga menyukarkan pengguna untuk memahaminya.
Penerangan sepatutnya dilakukan dengan bahasa yang mudah difahami terutama di kalangan pengguna yang tidak arif mengenai kenderaan. Penerangan seumpama itu walaupun mengambil masa tetapi ia pasti memberi kepuasan kepada pemilik kenderaan dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan antara pengguna dan penyedia perkhidmatan.
 
Setiap pengguna harus berhati-hati dengan kenderaan yang dibeli dan meneliti beberapa perkara seperti keadaan tayar, lampu, badan kenderaan dan sebagainya.
Apabila hendak membeli kenderaan adalah mustahak bagi kita meninjau harga yang ditawarkan di beberapa kedai sehingga mendapat harga yang paling patut. Bawa juga seorang mekanik yang boleh membantu memeriksa kenderaan tersebut supaya kita tidak tertipu. Teliti juga perkataan jaminan/warranty ke atas kenderaan yang dibeli.
 
Pengguna-pengguna kadangkala melahirkan perasaan bimbangnya apabila tempoh jaminan hampir tamat sedangkan kerosakan kenderaan masih berterusan untuk diperbaiki.
 
Jika kerosakan berlaku berulang ketika kenderaan masih dalam jaminan, ketika itu kita memikirkan bahawa segala kerja membaiki kenderaan itu dibuat tanpa sebarang bayaran.
 
Bengkel-bengkel membaiki kenderaan haruslah mengamalkan sikap memulangkan semua bahagian kenderaan asal yang dikeluarkan untuk diperiksa oleh pengguna jika ia mahukan cara demikian.
 
Ini mungkin tidak dapat dibuat dalam semua kerja membaiki, tetapi ia dapat diamalkan dalam kebanyakan kes kerosakan yang besar.
 
Pengguna haruslah mengamalkan sikap mengambil berat dan penuh perhatian ketika memelihara kenderaan mereka supaya sentiasa dalam keadaan yang baik untuk mengelakkan kerja membaiki yang tidak perlu.
 
Dan anda mesti tahu sikit sebanyak apa rosaknya sebelum bonet kereta dibuka.
 
Jadi berhati-hatilah apabila mendapatkan servis daripada mekanik dan tanyalah anggaran membaiki sebelum bil dikeluarkan.
 
Sumber: Rakyat Prihatin

Bagaimana ‘Awang Hitam’ Memperdayakan Kita

Nak Tahu Macam Mana ‘Awang Hitam’ Kelentong Kita? PDRM Ada Jawapannya.
 
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ada mengeluarkan panduan khas mengenai penipuan yang sering dilakukan warga Afrika kepada penduduk negara ini. Dalam erti kata lain, kalau anda dihampiri warga Afrika yang menggunakan taktik seperti mana yang dinyatakan itu, berhati-hatilah supaya anda tidak menjadi mangsa mereka.
 
 
 
Modus operandi
 
a. Mangsa berkenalan dengan saspek melalui internet (chatting/ e-mail)
 
b. Saspek dan mangsa akan menjadi mesra dan sentiasa berhubung melalui internet dimana saspek akan membuat mangsa mempercayainya samada dalam cinta, persahabatan atau sesuatu urusan perniagaan / pelaburan sebelum menjanjikan sesuatu kepada mangsa.
 
 
c. Setelah dapati mangsa mempercayainya, saspek memberitahu akan menghantar barangan cenderahati seperti laptop, barang kemas, mata wang asing atau modal pelaburan / perniagaan melalui perkhidmatan kourier kepada mangsa.
 
d. Mangsa akan dihubungi oleh saspek yang menyamar sebagai pegawai kastam KLIA atau pekerja syarikat kourier dan diminta masukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh saspek sebagai wang proses penghantaran. Setelah wang dimasukkan, mangsa tidak menerima barangan seperti yang dijanjikan dan saspek tidak dapat dihubungi lagi.
 
e. Kebanyakan saspek kes ini telah menggunakan akaun bank orang lain. Jumlah kes penipuan African scam (penipuan melalui email) yang dilaporkan pada tahun 2012 (Januari hingga Ogos) ialah 41 kes.
 
Nasihat: Orang ramai dinasihat supaya jangan mempercayai hubungan percintaan / perniagaan di dalam dunia siber tanpa pernah menjumpai. Jangan tamak apabila ditawarkan barangan atau bungkusan yang ditawarkan oleh saspek kononnya barangan kemas dan wang tunai. – Facebook PDRM

Tips Untuk Mereka Liat Menunaikan Solat

 
Setiap manusia wajib menunuaikan hukum Allah S.wt bagikan kepada kita....solat adalah paling wajib kita tunaikan walaupun dimana saja berada.Berpenyakit malas memang ada setiap orang tidak kira muda,tua atau sebaliknya....Mereka hidup dunia tanpa memikirkan hidupan di akhirat nanti


1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.

2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.
3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh dating bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati.

4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.

5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.

6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.

7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.

8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.

9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.

10.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.

11. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.

12. Jangan makan terlalu banyak kerana bila perut terlalu kenyang akan membuat kita berat dan mengantuk, maka malaslah kita untuk solat.

 

8 Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri

 
8 Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri | Tubuh badan yang sihat akan menjana minda yang cergas lagi cerdas. Apabila tubuh kita sihat, kita akan bertenaga untuk melakukan kerja seharian dan juga melakukan amal ibadat yang diperuntukkan kepada kita. Di sini terdapat 8 Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri yang dapat kita sama-sama praktikkan.

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

3. TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

7. TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8. PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”

SAMA-SAMA KITA MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH S.A.W =)