Powered by Blogger.

Elakkan Tertipu Semasa Membaiki Kenderaan

 
Aduan² yang asyik diterima ialah:
 
Kos pekerja yang berlebihan. Walaupun ada papan tanda menunjukkan harga peralatan dan bayaran perkhidmatan tetapi caj yang dikenakan selalunya terlebih mahal.
Masa yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu kerja sangat lama dan belum tentu memuaskan hati pengguna.
Kebanyakan mekanik tidak memperbaiki kenderaan seperti yang dikehendaki oleh pengguna sebaliknya mereka sering membuat kesimpulan sendiri tanpa perlu membuka bonet sekalipun.
 
Sedangkan secara keseluruhannya adalah lebih menjimatkan jika mekanik yang membaiki kenderaan itu menukar keseluruhan bahagian yang rosak pada satu-satu masa dan bukanya memperbaiki bahagian demi bahagian dalam masa yang berlainan.
 
Adalah wajar bagi pihak pengguna diberitahu terlebih dahulu sebelum sebarang kerja membaiki dilakukan.
 
Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak sign atau menandatangani sebarang surat kebenaran secara membuta tuli untuk membaiki kenderaan mereka. Pengguna perlu mendapatkan penjelasan terperinci mengenai kerja-kerja membaiki kereta yang benar-benar diperlukan.
 
Pengguna-pengguna juga tidak dapat menentukan lama masa yang diambil untuk membaiki kenderaan dan sama ada bayaran yang dikenakan berpatutan atau tidak. Para mekanik seharusnya memberi keterangan mengenai hal tersebut.
 
Beberapa kesulitan turut dialami oleh pengguna ketika proses membaiki kenderaan mereka berlangsung termasuk:
 
Pengguna mendapati sukar untuk berhubung dengan pihak pengurusan syarikat berkenaan untuk membincangkan kemusykilan mereka. Kebiasaannya pekerja-pekerja bawahan tidak dapat memberi jawapan munasabah bagi menyelesaikan kemusykilan yang dikemukakan kepada mereka.
Sering kali juga kerja² membaiki kenderaan diterangkan mengikut cara teknikal sehingga menyukarkan pengguna untuk memahaminya.
Penerangan sepatutnya dilakukan dengan bahasa yang mudah difahami terutama di kalangan pengguna yang tidak arif mengenai kenderaan. Penerangan seumpama itu walaupun mengambil masa tetapi ia pasti memberi kepuasan kepada pemilik kenderaan dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan antara pengguna dan penyedia perkhidmatan.
 
Setiap pengguna harus berhati-hati dengan kenderaan yang dibeli dan meneliti beberapa perkara seperti keadaan tayar, lampu, badan kenderaan dan sebagainya.
Apabila hendak membeli kenderaan adalah mustahak bagi kita meninjau harga yang ditawarkan di beberapa kedai sehingga mendapat harga yang paling patut. Bawa juga seorang mekanik yang boleh membantu memeriksa kenderaan tersebut supaya kita tidak tertipu. Teliti juga perkataan jaminan/warranty ke atas kenderaan yang dibeli.
 
Pengguna-pengguna kadangkala melahirkan perasaan bimbangnya apabila tempoh jaminan hampir tamat sedangkan kerosakan kenderaan masih berterusan untuk diperbaiki.
 
Jika kerosakan berlaku berulang ketika kenderaan masih dalam jaminan, ketika itu kita memikirkan bahawa segala kerja membaiki kenderaan itu dibuat tanpa sebarang bayaran.
 
Bengkel-bengkel membaiki kenderaan haruslah mengamalkan sikap memulangkan semua bahagian kenderaan asal yang dikeluarkan untuk diperiksa oleh pengguna jika ia mahukan cara demikian.
 
Ini mungkin tidak dapat dibuat dalam semua kerja membaiki, tetapi ia dapat diamalkan dalam kebanyakan kes kerosakan yang besar.
 
Pengguna haruslah mengamalkan sikap mengambil berat dan penuh perhatian ketika memelihara kenderaan mereka supaya sentiasa dalam keadaan yang baik untuk mengelakkan kerja membaiki yang tidak perlu.
 
Dan anda mesti tahu sikit sebanyak apa rosaknya sebelum bonet kereta dibuka.
 
Jadi berhati-hatilah apabila mendapatkan servis daripada mekanik dan tanyalah anggaran membaiki sebelum bil dikeluarkan.
 
Sumber: Rakyat Prihatin
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment