Powered by Blogger.

Kejam!!! Sanggup Mangga Mulut Anak

 
 
Lagos (Nigeria): Seorang lelaki ditahan semalam selepas didakwa mengunci mulut anaknya dengan kunci mangga semata-mata untuk memaksa budak itu berhenti menjerit ketika dia memukul mangsa hingga mati.

Chris Elvis, 30, didakwa menuduh anaknya, Godrich Elvis, 4 ‘Ogbanje’ atau ‘Anak Syaitan’ dan menyalahkan budak itu menjadi punca kepada nasib malang yang menimpa dirinya sejak beberapa hari lalu.

Mengikut fail mahkamah, pengawal keselamatan itu memukul anaknya, melecurkan seluruh tubuh mangsa dengan seterika dan menguncinya dalam tong plastik.

Ibu kanak-kanak itu menghubungi polis sebaik menemui anaknya yang mati dalam keadaan yang mengerikan selepas pulang dari pasar.

Chris berpura-pura gila ketika ditahan, tetapi dia di sahkan normal, lapor International Business Times.

Dia ditahan selepas dituduh membunuh.

“Kamu, Chris Elvis, pada 10 Februari 2014 sekitar jam 5 petang di nombor 7, Jalan Adetola Adelaja , Meiran Lagos, melakukan pembunuhan ke atas Godrich Elvis, berusia empat tahun menggunakan seterika untuk melecur badan dan meletakkannya di dalam tong plastik serta mengunci tong itu dengan mangga justeru melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 221 Undang-undang Jenayah Negeri Lagos, Nigeria 2011,” menurut kertas pertuduhan ke atas Chris.- AP

 

Dihalau Kerana Rupa Hodoh

 
 
JAKARTA - INDONESIA. Gara-gara seluruh tubuh dan sebahagian wajahnya dipenuhi tumor, penduduk sebuah kampung di Bandung sanggup bertindak kejam mengusir ibu tunggal kepada empat anak ini selepas mangsa dibuang keluarganya.

Sarotin, 46, dipercayai mengalami penyakit genetik, neurofibromatosis yang menyebabkan ketumbuhan tidak terkawal di seluruh saraf tubuh.

Menurut wanita tersebut, dia menderita penyakit tumor tidak berbahaya itu sejak tiga tahun lalu.

"Saya tidak mampu untuk menjalani rawatan kerana kos perubatannya agak tinggi," katanya.

Difahamkan, laporan dipetik dari DailyMail, kira-kira 50 peratus individu yang mengalami mutasi gen ketika dalam kandungan ibu berisiko menghidap penyakit ini walaupun ia adalah penyakit bawaan genetik.

Kisah Jenazah Wanita Yang Mengumpat Sukar DiKafankan


Kisah Jenazah Wanita Yang Mengumpat Sukar DiKafankan

Menjalani kehidupan dengan gemar mengumpat orang adalah satu perbuatan yang amat ditegah dalam Islam. Mengumpat adalah satu sifat yang suka memburuk-burukkan individu tertentu di hadapan orang lain.

Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan.

Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an itu membabitkan masalah kain kafan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kafankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kafannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi Dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kafan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.

Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kain kafan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya diberitahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.

Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kafannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala Dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah.

Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.

“He, Ada lagi najis”, kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi. Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikafan. Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kafan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kafan di hujung kepala Dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja.

“He, kenapa tak cukup. Takkan salah potong”, saya berkata pada adik saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kafan yang kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung Dan bertanya-tanya di mana silapnya.

Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan Dan membantu saya memotong kain itu. Sudah bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kafan itu dan mendapatinya cukup 24 ela.

Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kafan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.

Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan
masalah kain kafan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan Dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya Dan mencucuri rahmat di atas rohnya.

Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak Ada . Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikafankan juga menggunakan apa yang ada . Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat besar bila mendapati kain kafan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kafan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk Cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.

Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengafan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.

Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir. Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik Dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa?

Jenazah dinaikkan semula Dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya Dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega.

Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kafan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kafan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikafankan bersaiz kecil.

Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.

Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk, suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian.

Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis.

“Bersih betul mayat ini”, saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah dibersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai dimandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengafan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kafan tidak muat berulang lagi. Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kafan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan.

Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ketanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kafannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya.

Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah selamat didunia dan akhirat.


Sumber: HalimIslam

Meninggal Dunia Ketika Solat

 
Jenazah Mahama ditutup menggunakan kain sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas.
 
RANTAU PANJANG – Kematian datang tanpa mengira tempat serta usia dan kematian seorang warga Thailand ketika menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Beijing malam kelmarin ternyata membangkitkan keinsafan.

Kematian Mahama Abdullah, 56 seakan-akan mirip kejadian di Bangi, Selangor pada Ogos 2013 apabila seorang lelaki yang juga siak Suaru Al Mujahiddin, Desa Surada meninggal dunia dalam keadaan bersujud.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.45 malam itu, Mahama tiba-tiba rebah pada rakaat pertama solat.

Terkejut dengan kejadian itu, penduduk yang juga jemaah di masjid berkenaan segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pihak polis.

Setiausaha Masjid, Samsuddin Yasin berkata, ketika kejadian, jemaah hanya menyedari Mahama rebah selepas selesai menunaikan solat Isyak.

"Kami cuba periksa nadinya namun gagal mengesan sebarang denyutan. Maka untuk mendapatkan pengesahan lebih tepat, kami panggil seorang doktor yang tinggal dekat sini.

"Selepas semua usaha menemui kegagalan, mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas," katanya.

Menurutnya, penduduk terharu dengan pemergian arwah yang menghembus nafas dalam masjid, lebih-lebih lagi ketika sedang menunaikan solat.

Katanya, ketika hayatnya, arwah cukup dihormati penduduk di sini kerana beliau merupakan seorang guru agama berpengalaman di sebuah institusi pengajian pondok di Weng, Thailand.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa memasuki negara ini menggunakan pas sempadan.

"Hasil pemeriksaan awal, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung dan tiada unsur jenayah ditemui. Bagaimanapun, pihak polis masih menunggu laporan lengkap berhubung punca kematian mangsa," katanya.

Tambahnya, keluarga mangsa di Golok, Thailand sudah dimaklumkan dan mereka menuntut mayatnya selepas selesai bedah siasat.
 
Sumber; Sinarharian

Mumia 3,600 Tahun Ditemui

 
 
Kaherah: Ahli arkeologi Sepanyol menemui mumia berusia 3,600 tahun dalam keranda kayu dengan lukisan bulu pelepah di bandar Luxor, Mesir, kelmarin.

Keranda dengan ketinggian dua meter dan 50 sentimeter lebar itu berada dalam keadaan baik dan warnanya masih belum pudar.

Menteri Sejarah Purba Mesir, Mohamed Ibrahim berkata lukisan seperti itu jarang ditemui pada keranda lama.

“Keranda berkenaan dari zaman dinasti ke-17 iaitu 1,600 tahun Sebelum Masihi,” kata pengarah Jabatan Tinggalan Sejarah Firaun kementerian berkenaan, Ali El-Asfar.


“Berdasarkan pemeriksaan awal ke atas keranda berkenaan, pemiliknya mungkin pembesar di zamannya,” katanya.

Mengikut kepercayaan zaman Firaun ukiran hieroglif yang terdapat pada keranda bertujuan memudahkan perjalanan hidup pemiliknya selepas mati.

Ukiran bulu pelepah melambangkan dewi undang-undang Mesir silam, Maat yang dipercayai menimbang hati si mati dengan bulu pelepah bagi menentukan kedudukan mereka selepas mati.

Ia ditemui di tebing barat Luxor berhampiran makam pentadbir gudang Ratu Hatshepsut dari pentadbiran dinasti ke-18 yang memerintah Mesir dari tahun 1502 hingga 1482 Sebelum Masihi.

Pasukan arkeologi Sepanyol yang sudah membuat kajian di Luxor selama 13 tahun, turut menemui keranda kayu yang menempatkan mumia kanak-kanak berusia lima tahun dari dinasti ke-17 tahun lalu. - AFP

Gigitan Cinta Guru Dan Murid di Penjara

 
Singapura: Mahkamah republik ini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang guru kerana berkelakuan tidak senonoh termasuk membuat “gigitan cinta” terhadap pelajarnya.

Guru wanita berusia 42 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan ke atas pelajar lelaki berusia 13 tahun di sekolahnya.

Dia yang mengajar sejak 11 tahun lalu dan ibu empat anak sebelum ini mengaku salah atas dua tuduhan serangan seksual terhadap kanak-kanak atau remaja di bawah Akta Kanak-kanak dan Remaja Singapura.

Mengikut fail mahkamah, wanita yang dirahsiakan identitinya itu dikatakan mencium mulut dan membuat gigitan cinta pada bahu dan leher pelajar lelaki itu dalam dua kejadian berasingan pada 2012.

Dia mengenali pelajar yang berada dalam pasukan bola sepak bersama anak lelakinya dan mula berhubung melalui Facebook kemudiannya melakukan kesalahan itu di taman awam ketika mereka keluar bersama.

Ibu pelajar berkenaan membuat laporan polis selepas mengesan tanda gigitan cinta pada leher anaknya. - AFP

Dibunuh Kerana Berebut Kaki Ayam

 

Florida: Seorang lelaki berasal dari Tampa berdepan tuduhan membunuh rakannya selepas mereka bergaduh kerana berebut kaki ayam.

James Jugo, 52, didakwa menyerang Benjamin Calderon, 56, selepas rakannya itu mengambil kaki ayam yang dimasaknya di kuali.

Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Benjamin menunjukkan ada tanda pendarahan dalaman selepas dia dipukul berkali-kali di muka, leher dan beberapa tempat lain.

Seorang saksi memberitahu polis dia melihat James memukul Benjamin dengan papan.

Adik Calderon, Bolivar memberitahu media tempatan abangnya menetap di rumah James selepas keluar dari rumah perlindungan.


Bolivar berkata, abangnya berusaha mengumpul duit untuk mengambil lesen supaya dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Tiada siapa yang patut mati semata-mata kerana berebut kaki ayam,” katanya.

Pihak berkuasa Tampa berkata James ditahan atas tuduhan membunuh selepas memukul rakannya sehingga mati baru-baru ini.

Jugo ditahan di penjara selepas gagal membayar ikat jamin. Rekod menunjukkan dia masih belum mengambil peguam untuk membelanya di mahkamah.

Dia pernah ditahan sebanyak 19 kali sebelum ini. - AFP

Celup Berus Gigi Majikan Dalam Mangkuk Tandas

 

Washington: Seorang pembantu rumah yang tertekan dengan majikannya membalas dendam dengan cara yang menjijikkan.

Dia menukar air botol di bilik tidur majikannya dengan air kumbahan dan mencelup berus gigi mereka ke dalam lubang tandas.

Pembantu rumah itu mendedahkan perbuatannya dan berkata selepas merana dengan tugasannya selama tiga bulan, dia membalas dendam kepada majikannya, sepasang suami isteri, kerana mereka “menyakitkan hati dan tidak bertimbang rasa.”

“Saya membalas dendam dengan menyelinap masuk ke bilik air mereka dan mencelup berus gigi mereka ke dalam tandas,” katanya.

Menurut sumber, wanita itu melakukan beberapa lagi “kerja gila” untuk membalas dendam sebelum berhenti kerja.

“Isteri majikan saya selalu meletakkan botol air di tepi katil dan saya juga mencampurkan air itu dengan air dari lubang tandas. Ia membuatkan saya rasa puas ketika itu,” kata wanita itu.

Menurutnya, perbuatannya mungkin memberi kesan buruk terhadap majikannya.

“Saya mendapat tahu dari seorang kenalan yang mereka kini mengalami masalah kesihatan, tetapi saya tidak tahu penyakit apa dan saya risau saya menjadi penyebabnya,” katanya. - Agensi

Ayam tidak sembelih?

 
Ayam tidak sembelih?

KULIM - Hasrat seorang mekanik, Mohd Bakri Ramli yang tinggal di Kampung Simpang Empat Keladi untuk berkelah dan memanggang ayam bersama keluarganya di hadapan rumah tidak kesampaian apabila mendapati ayam mentah yang dibelinya dari sebuah pasar raya di sini tidak disembelih.

Menurutnya, dia telah pergi ke pasar raya itu kira-kira jam 11 malam untuk membeli ayam.

"Sampai di rumah, isteri membasuh dan memotong ayam ini. Bagaimanapun isteri terkejut apabila mendapati tidak ada kesan sembelih di leher ayam itu.

“Saya kemudiannya pergi semula ke pasar raya terlibat untuk mendapatkan keterangan tentang masalah ini bagaimanapun ia sudah ditutup,” katanya.

Tidak puas hati dengan kecuaian dilakukan oleh pasar raya terlibat, Mohd Bakri telah membuat laporan polis dan memanjangkan masalah ini ke Tribunal Pengguna.

Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim ketika dihubungi meminta Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) membuat pemeriksaan mengejut terhadap pembekal ayam ke pasar raya terlibat supaya ia tidak bertentangan dengan Islam.

“Ini merupakan satu kecuaian yang tidak seharusnya berlaku. Menjual daging ayam tanpa disembelih dengan sempurna bukan satu masalah kecil.

"Saya meminta mangsa membuat laporan polis dan kemudiannya membuat aduan dengan Persatuan Pengguna," katanya.

Katanya, dia turut meminta mangsa bekerjasama PADK untuk membuat pemeriksaan mengejut terhadap pasar raya terlibat untuk memastikan masalah ini tidak berulang di masa hadapan.

"Dari tinjauan dibuat mendapati kebanyakan pasar raya hari ini menggunakan tenaga kerja pendatang asing, ada dalam kalangan mereka yang bukan beragama Islam,” katanya.

Hukum Makan Daging Landak


Soalan; assalam..ustaz,apakah hukum makan daging landak..? ianya juga buas dan bertaring..trm ksh.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah.

Yang dilarang oleh hadis ialah binatang buas bertaring yang menggunakan gigi taringnya untuk menerkam dan membunuh mangsanya. Saya tidak pasti apakah landak mempunyai gigi taring yang berfungsi sebegitu. Adapun pandangan para ulamak tentang landak adalah seperti berikut;

1. Mazhab Hanafi dan Hanbali; haram memakannya kerana ia tergolong dalam binatang-binatang merayap/merangkak yang dipandang keji (khabaith), iaitu satu kelompok dengan tikus. Dalam al-Quran Allah berfirman (dengan maksud); “Dan dia (yakni Nabi Muhammad SAW) mengharamkan ke atas kamu yang keji-keji” (surah al-A’raf, ayat 157).

2. Mazhab Maliki dan Syafiie; harus memakannya kerana walaupun ia dari jenis merangkak, namun tidak dipandang keji oleh manusia, kerana itu ia tidak termasuk dalam ayat tadi. Dalam kitab Hayah al-Hayawan al-Kubra –kitab turas yang membincangkan tentang haiwan-haiwan-, pengarangnya (ad-Dumairi, wafat 808 hijrah) menjelaskan; Imam Syafiie berkata; “Landak halal dimakan kerana orang-orang Arab memandangnya sebagai makanan yang elok/baik” (2/361). Di antara kaedah dalam mazhab Syafiie -dalam menentukan jenis haiwan yang halal dan yang haram-; “Setiap haiwan yang dipandang elok/baik oleh orang Arab maka ia adalah halal, kecuali terdapat dalil Syarak yang mengharamkannya”.[1]

Ada diriwayatkan Nabi SAW bersabda; “Landak adalah dari binatang-binatang yang keji” (Musnad Imam Ahmad; 5954. Sunan Abu Daud; 3799. Dari Abu Hurairah RA). Namun ulamak-ulamak hadis menegasnya; sanad hadis ini adalah dhaif kerana terdapat beberapa rawi yang majhul[2], tidak boleh dijadikan hujjah dalam hukum-hakam. Kerana itu para ulamak masih berikhtilaf tentangnya (landak). Ulamak yang berpandangan dia binatang yang baik/elok, mereka menghalalkannya. Yang berpandangan dia binatang yang keji, mereka mengharamkannya.

Wallahu a’lam.


Rujukan;

1. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 5/144 (perkataan “at’imah”).

2. Kifayatul Akhyar, hlm. 522-523.

3. Hayah al-Hayawan al-Kubra, Muhammad bin Musa ad-Dumairi, 2/361.

4. al-Fiqh al-Manhaji, 3/69.


[1] Kifayatul Akhyar, hlm. 522-523. Namun orang Arab yang menjadi rujukan dalam masalah ini ialah;

a) Orang-orang Arab yang hidup pada zaman Nabi SAW.

b) Yang hidup/tinggal di bandar dan kawasan yang subur atau yang berhampiran dengannya. Ini kerana orang-orang Arab yang tinggal di kawasan pedalaman dan hidup berpindah-randah kebiasaan mereka memakan apa sahaja binatang yang melata dan merangkak.

c) Yang mempunyai tabi’at yang bersih.

d) Dirujuk ketika musim subur dan senang (yakni bukan ketika musim kebuluran dan melarat yang menyebabkan mereka terpaksa makan apa sahaja yang ada).

(Lihat; Kifayatul Akhyar, hlm. 522-523 dan Al-Fiqh al-Manhaji; 3/69).

[2] Lihat; Bulughul-Maram, Imam Ibnu hajar (kitab al-At’imah; 1365) dan Tahqiq Musnad Ahmad, Syeikh Syu’aib al-Arnaut dan beberapa ulamak yang lain (hadis no. 8954).


Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

6 Kelemahan Jin Menurut Islam

 
Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya:

1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh.

Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 -

"Iblis berkata:" Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka ". (Surah Al-Hijr 15: 39-40).

Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.

2. Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah

Apabila seseorang betul-betul memegang ajaran agamanya dengan betul serta mengukuhkan keimanannya dengan teguh, maka syaitan akan takut dan lari. Hal ini terdapat pada diri Umar bin Khatab. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Turmu-dzi Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda kepada Umar: "Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu, wahai Umar" (HR. Turmudzi).

Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir) juga akan takut oleh orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut ini:

"Sesungguhnya orang mukminakan dapat mengawal (mengalahkan) syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat mengawal untanya ketika perjalanan" (HR. Ahmad).

Bahkan, apabila seseorang betul-betul, dan soleh, dia boleh membawa qarinnya (penyertanya, kerana setiap manusia itu pasti disertai oleh syaitan (jin kafir) di sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanan atau sering disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ini juga:

"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang qarin (penyerta) dari jin dan seorang qarin (penyerta) dari malaikat ". Para sahabat bertanya: "Apakah termasuk anda juga wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Ya termasuk saya, hanya saja Allah menolong saya sehingga jin itu masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya kecuali untuk kebaikan "(HR. Muslim).

3. Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman.

Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah dapat menaklukan jin dan syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Qur'an berikut ini dalam surat Shad ayat 36-38:

"Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu" (QS. Shad ayat 36-38 ).

Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas doanya yang mengatakan:

"Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setalahku" (QS Shad 38:35).

Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah hadis Muslim dikatakan:

Dari Abu Darda berkata:" Suatu hari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah mengatakan: "Aku berlindung kepada Allah darimu", kemudian Rasulullah Shallallahu' Alaihi wa Sallam juga berkata: "Allah telah melaknatmu" sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu. Ketika Rasulullah selesai solat, kami bertanya: "Wahai Rasulullah, kami mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini. Kami juga melihat anda membukakan kedua tangan anda ". Rasulullah menjawab: "Baru Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk dipasang di muka saya, lalu aku berkata:" Aku berlindung kepada Allah darimu "sebanyak tiga kali, kemudian saya juga berkata:" Allah telah melaknatmu dengan laknat yang sempurna "sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami, Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk Madinah "(HR. Muslim).

4. Jin atau syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah

Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila seseorang bermimi melihat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan:

"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku "(HR. Muslim).

5. Jin dan syaitan tidak boleh melewati batas-batas tertentu di langit

Sekalipun jin dan syaitan mempunyai kelebihan dapat bergerak dengan cepat, akan tetapi mereka tidak akan dapat melepasi batas-batas yang telah ditetapkan yang tidak dapat dilalui selain oleh para malaikat. Kerana apabila mereka berani melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur. Kerana itu pula, jin tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari langit sehingga apa yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat dalam surah al-Rahman ayat 33-35).

6. Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah

Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:

"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kuit binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari, bupet, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian "(HR. Muslim).


sumber

Produk Kosmetik Online Beracun

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi


Kuala Lumpur: Kegilaan mendapatkan kosmetik secara online yang menjadi fenomena baru di kalangan remaja tidak kira perempuan atau lelaki untuk muka tampil cerah menawan ternyata membawa azab kepada segelintir mereka apabila muka seolah-olah terbakar kerana penggunaan kosmetik beracun.

Ini berikutan mereka terlalu mudah diperdaya dengan ‘jaminan kualiti produk’ serta pelbagai ‘testimoni pengguna’, di blog serta laman sosial Facebook, kononnya kosmetik yang ditawar berkesan dalam tempoh sesingkat tiga hari.


Mengakui sesal kerana terjebak dalam pembelian kosmetik di laman Facebook, Sharina (bukan nama sebenar), 19, berkata, dia terpaksa mengasingkan diri daripada rakan sekerja apabila wajahnya ditumbuhi bintik halus merah seakan ruam panas.

“Ketika membeli (set kosmetik), saya langsung tidak memikirkan soal keselamatan diri dan kesan produk terhadap wajah. Apa yang terlintas hanyalah perasaan tidak sabar untuk kelihatan cerah dan cantik sebagaimana pengguna lain di ruang testimoni produk.

“Sehari selepas pembayaran dibuat, produk yang diidam sampai di depan rumah. Menurut label pada kotak, saya boleh melihat kesannya selepas tiga hari dan jaminan diberi ternyata menjadi,” katanya ketika ketika ditemui di rumahnya di Sungai Besi.
 

Hukum Makan Makanan Masak Tapi Berdarah


Soalan

Kekadang di setengah restoran masakan seperti ayam tak masak sepenuhnya, di bahagian tulang terdapat darah. Dari segi hukum bolehkan kita makan ayam tersebut (dengan tidak memakan bhgn yang berdarah) ?

Jawapan


Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr abi_atiqah kemukakan dengan sekadar yang mampu, Insyaallah.

Darah kelihatan pada ayam atau daging yang telah dimasak adalah dibolehkan (dima'afkan). Apa yang haram ialah darah yang mengalir. Firman Allah swt :

"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - (Al-An'am 6:145)

Al-Tabari didalam Tafsirnya mengatakan :

"perkataan 'darah yang mengalir' bermakna darah yang mengalir dengan banyaknya. Ini cara Allah menjelaskan mengenai darah kepada hambanya bahawa ini adalah haram. 'Ikrimah berkata : Jika tidak kerana ayat ini, orang Islam mungkin akan menjadi eksterim mengelak darah yang berada didalam urat-saraf sebagaimana orang Yahudi mengelakkannya. Al-Maawardi berkata bahawa mengenai darah yang tidak mengalir, jika ia telah berada didalam urat-saraf, seperti hati dan limpa, maka ianya halal, kerana Nabi saw bersabda "Dua jenis daging dan dua jenis darah telah dihalal kepada kita....."

Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam buku Al-Halal wa Al-Haram fi Al-Islam berkata :

"yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya mengenai hukum limpa, beliau menjawab: “Kamu boleh memakannya.” Mereka berkata lagi: “Bukanlah ia darah?” Beliau menjawab lagi: “Hanyasanya yang diharamkan ke atas kamu ialah darah yang mengalir.'"

Beliau juga mengisahkan bahawa, pada zaman Jahiliyyah, mereka menjadikan darah sebagi sumber makanan. Kata Sheikh Al-Qaradhawi :

"Orang-orang jahiliyah apabila mereka lapar, mereka akan mengambil satu benda tajam dari tulang atau sebagainya, kemudian dicucukkan ke unta atau binatang lainnya. Mereka kemudian mengumpul darah yang mengalir dari binatang itu kemudian diminumnya. "

Maka jelaslah bahawa darah yang berada didalam ayam atau daging yang telah dimasak, makanan tersebut halal dimakan. Apa yang diharamkan ialah darah yang mengalir seperti mana yang telah dijelaskan diatas. Wallahu'alam.


Sumber


Pengetua sekolah dilarang paksa cikgu bekerja pada hari Sabtu


KUALA LUMPUR: Pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara diminta tidak memaksa guru mereka bertugas pada Sabtu, selain patuh pada peraturan dikeluarkan kerajaan yang menetapkan hari berkenaan sebagai cuti buat kakitangan sekolah.

Sehubungan itu, guru yang tidak berpuas hati ditugaskan pengetua mereka untuk bekerja pada setiap Sabtu di sekolah masing-masing, diminta tampil membuat aduan bertulis kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya hak mereka untuk berehat pada hari itu dapat dibela.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, masih ada pengetua atau guru besar sekolah yang tidak memahami peraturan serta ingkar dengan arahan kerajaan yang menetapkan Sabtu sebagai hari cuti berehat untuk semua guru.

Bagaimanapun, beliau berkata, peraturan itu masih fleksibel kerana guru berkenaan boleh dipanggil oleh pengetua untuk bertugas pada mana-mana dua Sabtu dalam sebulan jika keadaan benar-benar memerlukan bagi menjayakan sesuatu acara yang tidak dapat dilakukan pada hari persekolahan biasa.

“Ada pengetua menganggap keputusan mereka mengarah guru bertugas pada Sabtu terutama untuk mengadakan kelas tambahan kononnya untuk mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar sedangkan kelas yang sudah diadakan dari Isnin hingga Khamis sepatutnya sudah mencukupi “Pengetua yang mahu mengarah guru bekerja pada Sabtu sepatutnya mengeluarkan arahan dalam bentuk surat arahan rasmi dan bukannya secara lisan kerana jika apa-apa perkara tidak diingini berlaku, pihak sekolah dan pengetua akan bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi semalam.

Hashim berkata, guru mempunyai hak untuk berehat pada Sabtu bersama keluarga serta menenangkan fikiran dan tidak sepatutnya dikerah bekerja hingga mengganggu masa senggang mereka.

Katanya, beliau memahami keadaan guru yang tersepit dan serba salah dengan arahan pengetua serta akan mengikut saja berikutan bimbang dikenakan tindakan jika enggan bertugas pada Sabtu walaupun ia sudah diisytiharkan sebagai hari cuti buat mereka.

“Ada guru yang sukarela bertugas dengan mengadakan kelas tambahan pada Sabtu atau menganjurkan program berbentuk sukan, tetapi bagi mereka yang tidak rela, jangan duduk diam dan kita minta mereka membuat aduan supaya hak mereka terbela.

“Manakala guru yang terpaksa bertugas pada Sabtu perlu berani meminta pengetua mengeluarkan satu surat rasmi yang tertera arahan mengenai tugas supaya pihak sekolah akan bertanggungjawab jika ada masalah,” katanya.

Sementara itu, Hashim turut memberi pandangan supaya beberapa perkataan yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum India di negara ini seperti yang terkandung dalam novel Interlok dihitamkan saja dengan dakwat bagi memuaskan hati semua pihak.
 
 
Sumber

Cikgu mengamuk belasah empat pelajar di sekolah hingga cedera

 
 
LUMUT 14 Feb. – Seorang guru lelaki yang didakwa mengamuk sebelum membelasah empat pelajar sebuah sekolah di Sitiawan dekat sini sehingga ada yang tercedera kelmarin, dipercayai mengalami masalah mental.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Idris Ramli memberitahu, tindakan guru berusia 34 tahun itu bukanlah perlakuan normal seorang pendidik dan ia kemungkinan didorong oleh tekanan yang dihadapinya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima daripada pihak sekolah, ia bukan pertama kali dilakukan guru berkenaan kerana dia pernah melakukan perbuatan sama 22 Januari lalu tetapi kes itu diselesaikan secara baik.

“Guru ini mungkin ada masalah dari segi mental dan tidak makan ubat. Tindakannya dalam kejadian itu dalam keadaan pantas dan bukan sikap seorang guru yang normal.

“Jika dia menggunakan rotan bagi menghukum pelajar itu adalah perkara biasa di sekolah. Bagaimanapun tindakan guru itu menumbuk dan menerajang pelajar sukar diterima,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang Rabu lalu, empat pelajar sekolah itu termasuk dua pelajar perempuan cedera di beberapa bahagian badan ekoran dibelasah seorang guru sekolah itu.

Idris berkata, pihaknya telah menghantar dua pegawai ke sekolah berkenaan bagi melakukan siasatan dan mendapatkan gambaran terperinci berhubung kejadian itu sebelum sebarang tindakan diambil.

Bagaimanapun, katanya, pihak jabatan telah mengarahkan guru yang telah tiga tahun mengajar di sekolah terbabit menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Seri Manjung.

“Guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Komputer itu telah diberi cuti rehat selama tujuh hari bermula 13 hingga 19 Februari ini.

“Sebaik cuti rehat itu tamat, guru terbabit akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Manjung sehingga siasatan kes berkenaan diselesaikan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, setakat ini pihaknya telah menerima empat laporan berhubung kejadian tersebut yang dibuat keluarga mangsa.

Katanya, pihaknya juga telah mengambil keterangan dan merakam percakapan guru berkenaan ketika dia tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung semalam.

“Siasatan kes ini sudah selesai dan kini hanya menunggu laporan perubatan mangsa untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Lubang terbentuk di dalam muzium kereta AS

 
BOWLING GREEN, Kentucky - Sebanyak lapan buah kereta terjatuh ke dalam sebuah lubang besar yang terbentuk secara tiba-tiba di Muzium Kebangsaan Corvette di sini kelmarin.

Lapan buah kereta model Corvette itu mempunyai nilai yang tinggi dalam sejarah pembuatan kenderaan di Amerika Syarikat.

Kereta yang jatuh ke dalam lubang itu ialah Corvette hitam keluaran tahun 1962, kereta PPG Pace keluaran 1984, 1 Millionth Corvette berwarna putih buatan tahun 1992 dan kereta Ruby Red Corvette yang dikeluarkan pada tahun 1993.

Kereta Mallett Hammer Z06 Corvette buatan tahun 2001 dan kereta putih 1.5 Millionth Corvette yang dikeluarkan pada tahun 2009 turut terjatuh ke dalam lubang itu.

Kesemua kereta itu adalah milik muzium tersebut.

Dua buah lagi kereta iaitu ZR-1 Spyder keluaran tahun 1993 dan ZR1 Blue Devil buatan tahun 2009 yang terjatuh itu dipinjam dari syarikat General Motors.

Satu pasukan kejuruteraan dari Universiti Barat Kentucky sedang menyiasat kestabilan tanah di muzium itu.

Lubang itu terbentuk pada pukul 5.40 pagi waktu tempatan.

Tiada seorang pun kakitangan muzium yang cedera dalam kejadian itu. - AP

Siswi Menyesal Setelah Kerap Berzina


Gambar hiasan

Saya siswi di sebuah universiti tempatan. Jujur saya katakan, saya pernah beberapa kali melakukan perbuatan zina dengan teman lelaki yang saya kenal ketika melang­kah ke alam universiti.

Namun, saya ­mening­­gal­­­­­kan dia dan berusaha­ mengelak diri ­daripada menghubunginya. ­Alhamdulillah kini saya ­sudah bertaubat dan berusaha memperbaiki ­kesilapan yang cukup besar itu.

Saya ingin bertanya apakah benar dosa zina itu dosa yang terbesar selepas dosa menyekutukan Allah? Betulkah sukar ­untuk me­nyucikan diri daripada dosa zina?

Apakah tiada lagi peluang untuk saya mendapat­kan pasangan yang terbaik dalam dunia ini walaupun berusaha menjadikan diri insan solehah?


Tiadakah kaedah lain untuk saya membina ­semula maruah diri yang sudah hilang? Saya sering tertanya-­tanya adakah maruah saya rendah pada panda­ngan bekas teman lelaki dan di mata orang ramai?

Saya sangat menyesal atas keterlanjuran itu dan setiap hari dihimpit rasa berdosa. Bagaimanapun, saya tetap ­ingin ­membina maruah saya kembali di hadapan-Nya.

GADIS BERDOSA,
Selangor.

Pertamanya, tahniah dan Dr bersyukur kerana adik dikurniakan keinginan untuk berubah menjadi ­lebih baik. Tidak dapat ­dinafikan, setiap ­insan di dunia ini mempunyai sejarah silamnya masing-masing.

Namun, hanya insan terpilih yang diberikan ke­inginan untuk kembali ke pangkal jalan.

Adik harus maklum, sebanyak mana pun dosa kita, besar lagi pengampunan Allah terhadap ­hamba-Nya yang ingin bertaubat.

Untuk bertaubat, adik perlu menjaga solat dan memperbanyakkan amalan kebaikan yang lain supaya perkara yang baik itu dapat menutup dosa dan noda kita.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah yang Maha Pengampun terhadap semua dosa.

Berkenaan mencari jodoh, adik jangan bimbang kerana ia ditentukan sejak azali.

Sekiranya adik benar-benar bersungguh-sungguh untuk menjadi baik, ­banyakkan usaha dan berdoa kepada Allah supaya dosa yang lalu diampunkan dan dipermudahkan jodoh oleh-Nya.

Maruah kita adalah ­ditentukan oleh siapa diri kita sekarang. Perkara yang silam tidak perlu dikenang dan tidak boleh diubah lagi. Jadikan masa lalu sebagai kekuatan untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini.

Dr mendoakan adik kuat semangat dan tidak ­berputus asa untuk menghadapi kehidupan mendatang.



sumber
KaunselingRemaja@Hmetro