Powered by Blogger.

'Check' PEHA ISTERI' Ramai Wanita Tak Sedar Dirogol Jin

KUALA LUMPUR: Jika isteri sering marah-marah dan enggan melayani anda di tempat tidur, elok segera siasat.

Periksa pangkal peha isteri dan jika terdapat kesan lebam, jangan buang masa, buat pemeriksaan lebih rapi.

Jika anda dapati pada tempat lebam di pangala peha isteri anda itu terdapat lima lubang halus, jangan berlengah. Itu tandanya isteri anda telah diperkosa jin atau makhluk halis tanpa disedarinya.

Menurut pendakwah dan pengamal perubatan Islam, ramai isteri tidak menyedari tubuh mereka telah diperkosa jin dan makhluk halus ketika tidur disebabkan mengabaikan doa pendinding diri sebelum tidur.
 
 

PIL Tambah Dosa - Maut Atau Mandul

Oleh Nur Lela Zulkipli dan Mahaizura Abd Malik 

JANIN yang digugurkan hasil daripada hubungan terlarang. Gambar kecil, pil Misoprostol berbentuk enam segi yang boleh menyebabkan keguguran.

Kuala Lumpur:
Maut atau mandul. Itu risiko kepada wanita hamil luar nikah yang menggugurkan kandungan mereka bersendirian dengan menggunakan pil diperoleh daripada doktor tidak bertauliah yang berlambak di laman sosial.

Pakar sakit puan Dr Adilah Ahmat berkata, akibat terdesak selepas hamil tanpa berkahwin ramai wanita termasuk golongan remaja merujuk di Internet untuk menggugurkan kandungan mereka.

Menurutnya, maklumat diperoleh mendapati kaedah paling popular ialah menggunakan pil Misoprostol yang sebenarnya dijual untuk merawat penyakit ulser gastrik dengan cara menelannya.

“Bagaimanapun, pil itu disalahgunakan untuk menggugurkan janin dengan cara ia disumbat di dalam kemaluan. Hanya dalam tempoh tiga jam si pemakan akan turun darah dan berlakulah keguguran.

“Bunyinya memang mudah, tapi hakikatnya tidak begitu kerana ia amat bahaya,” katanya yang juga Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan Kaedah Persenyawaan Tabung Uji (IVF) Hospital Pantai.
 

Menjamu Selera Dicelah Kubur

 
 
Sebuah restoran di India memberikan pengalaman “menyeramkan” kepada pelanggan yang berkunjung di restoran itu.

Ia menyediakan pengalaman makan di tanah perkuburan apabila restoran itu dibina di atas tapak tanah perkuburan lama.

Bagaimanapun, pemilik restoran berkata, tempat itu baik untuk perniagaan.

Restoran New Lucky menampilkan konsep berbeza berbanding estoran lain dengan meletakkan meja makan di sekitar bekas tapak perkuburan Islam lama.

Pemiliknya, Krishan Kutti memutuskan untuk mengekalkan kubur itu bagi menjalankan perniagaannya.

Namun di sebalik ruang dalamannya yang “menyeramkan”, restoran itu menjadi tarikan ramai dan tempat yang popular untuk dikunjungi.

“Tanah perkuburan ini mendatangkan rezeki kepada saya.

Perniagaan meningkat dan berkembang kerananya dan memberikan pengunjung pengalaman yang unik.

“Kami mengekalkan keadaannya asal dan pelanggan nampaknya tidak kisah,” katanya.

Bagaimanapun, Krishan tidak pasti siapa pemilik sebenar tanah perkuburan itu.

Beberapa penduduk tempatan mendakwa ia menempatkan perkuburan pengikut ahli Sufi abad ke 16.

Terdapat 12 kubur di dalam restoran berkenaan dan ia di kelilingi pagar besi.

Setiap hari sebelum memulakan perniagaan, pekerja restoran menghabiskan masa membersihkan kubur itu dan menghiasnya dengan bunga segar.

“Kami mulakan perniagaan dengan memberi penghormatan kepada kubur berkenaan.

Kami membersihkannya menutupnya dengan kain dan menabur bunga ke atasnya.

Ia penting sebagai penghormatan kepada si mati,” katanya.