Powered by Blogger.

Peranan Suami Ketika Isteri Mengandung

 
Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
 

Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
 
Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
 

Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.
 
Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
 

Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.
 
Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
 

Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.
 

Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.
 

Cerita Lawak Tak Kering Gusi – Lewat Sebulan




Cerita Lawak Tak Kering Gusi – Lewat Sebulan | Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, “Ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor.”

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.

Pegawai TNB tu pun berkata: “Ini rumah En. Ahmad ker?” “Ya, saya ni isterinya. Ada apa encik?”

Pegawai TNB tu pun berkata, “Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah.”

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.

“Apa? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat?!”

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab:

“Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online”

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. “Apa!!! Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu!”

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan “Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan”

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.

Keesokan harinya, selepas si Ahmad ini di beritahu oleh isterinya. Dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata,

“Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr?!! Bisness apa korang buat niii?

Nak kena saman kerr?

Lalu pegawai yang datang kerumah si Ahmad ni berdiri dan mententeramkan keadaan. “Sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je…” kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Ahmad lagi naik berang.

“Apa? nak bayar korang? belahhhh lahh….”

Lalu pegawai TNB tu pun cakap “Kalau macam tu, Kita terpaksa ‘potong’ encik punya….”

Si Ahmad mencelah “apa? potong?! Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apa?”

Pegawai TNB tu pun cakap ” nampak gayanya isteri encik kena pakai LILIN ajer laaaa….”


=TAMAT=

Hikmah Di Sebalik Hukuman Penjara

 
ALOR SETAR, 6 Feb (Bernama) — Sesal dengan perbuatannya, Man tidak meratapi nasib diri menjadi penghuni Penjara Pokok Sena sejak 2005, sebaliknya menganggap hukuman penjara 17 tahun atas kesalahan merogol itu satu hikmah kerana Allah masih menyayanginya.
 
“Sepanjang berada di sini, saya mendekati Ilahi, mendalami agama, mengaji al-Quran, mengimamkan solat dan menjadi pembimbing rakan membaca al-Quran,” kata lelaki berusia 49 tahun itu kepada pemberita.
 
Man sebelum itu menerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul peringkat Penjara Pokok Sena pada majlis perjumpaan 1Malaysia Penghuni dan Keluarga penjara berkenaan.
 
Katanya, selama hampir lapan tahun dalam penjara , dia menyertai banyak pertandingan berunsur keagamaan dan pernah muncul naib johan tilawah al-Quran peringkat Jabatan Penjara Malaysia.
 
“Selain itu, saya juga menyertai pertandingan hafazan dan marhaban,” katanya.
 
Man yang berasal dari Sulawesi, Indonesia berhijrah ke Malaysia pada 1978 dan telah mendapat taraf kerakyatan negara ini dan menjadikan Jitra sebagai kampung halamannya.
 
“Saya bersyukur walaupun di sini, isteri dan anak-anak sentiasa melawat,” kata bapa kepada tiga orang anak itu.
 
Menurut Man, sebelum bergelar banduan, dia bekerja sebagai buruh kontrak dan mengajar kanak-kanak di sekitar tempat tinggalnya mengaji al-Quran.
 
Dia berazam untuk menunaikan haji di Makkah sebaik dibebaskan kelak selain terus mendalami ilmu agama.
 
“Saya menyesali perbuatan saya sebelum ini. Sepanjang berada di sini, banyak yang telah saya pelajari. Ada hikmah dalam setiap perancangan Allah. Saya reda…,” katanya.
 
Man berkata dia sangat gembira dengan anugerah yang diterimanya itu.
 
“Ini kali pertama saya terima anugerah. Berasa sangat bangga dan gembira atas penghargaan ini. Saya akan kekalkan prestasi ini dan akan sentiasa memperbaiki diri,” katanya.
 
Selain Man, seorang lagi banduan wanita yang dipenjara kerana kesalahan dadah menerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul kategori wanita manakala seorang banduan yang telah 33 tahun berada dalam penjara itu menerima anugerah Rakan Pembimbing Penghuni.
 
– BERNAMA

Ibu Bapa Perlu Kemahiran Keibubapaan

 
 
“Anak saya degil”. “Anak saya lebih suka lepak dengan kawan-kawan.” “Anak saya hanya sibuk dengan facebook dan internet”. “Anak saya kalau saya marah sikit, mulalah tarik muka, hempas pintu dan berkurung dalam bilik.”
 
Luahan rasa ini mungkin dikongsi kebanyakan ibu bapa masa kini terhadap anak mereka khususnya yang berusia remaja.
 
Ibu bapa yang berdepan dengan situasi ini mungkin marah, sakit hati atau berasa putus asa kerana memikirkan mereka telah gagal memainkan peranan sebagai ibu bapa.
 
Ada juga ibu yang mungkin berasa begitu sedih kerana anak yang dikandung dan dilahir dengan susah payah, dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang tetapi akhirnya tidak mendengar kata.
 
Sesetengah ibu bapa mungkin mengambil jalan mudah dengan membiarkan sahaja anak remaja berterusan berkelakuan mengikut sesedap hati mereka kerana tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan.
 
CARI FORMULA
 
Mungkin juga ada ibu bapa yang mencari jalan untuk berkomunikasi dengan anak melalui pembacaan tetapi apa yang dibaca mungkin tidak sesuai untuk diterapkan.
 
Kebanyakan buku mengenai keibubapaan adalah dari Barat, justeru cara mereka melihat isu ini mungkin berbeza daripada cara masyarakat tempatan khususnya orang Islam.
 
Menyedari keperluan ini, Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia atau ringkasnya PPLI akan mengadakan bengkel sehari mengenai keibubapaan pada 13 Okt ini.
 
Bengkel tersebut sesuai dihadiri ibu bapa yang mempunyai anak remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun.
 
“Kita mengandaikan ibu bapa yang ada anak remaja sedang mencari-cari apa formula sebenarnya untuk mendidik anak remaja supaya masalah yang timbul antara mereka sekurang-kurangnya dapat diminimumkan,” Pengarah PPLI, Siti Fatimah Abdul Rahman memberitahu Bernama mengenai matlamat bengkel keibubapaan itu.
 
UBAH KEADAAN
 
Ibu bapa sepatutnya mendapat tempat di hati anak dan menjadi model contoh atau idola.
 
Bagaimanapun, dalam kebanyakan keadaan, ia hanya berlaku ketika anak itu masih kecil.
 
“Bila mula pandai bercakap, emak bapa dialah segalanya. Emak dialah yang paling cantik. Emak dialah yang paling pandai.
 
“Apabila anak mula bersekolah, idolanya bertukar kepada guru. Kalau kita cakap tentang sesuatu, dia akan merujuk kepada gurunya. Bagi anak ini, guru dia lebih menyakinkan.
 
“Masuk usia remaja, anak ini berubah arah. Idolanya ialah rakan sebayanya. Kalau ibu bapa tidak mengambil langkah selanjutnya, anak itu akan kekal begitu. Cakap ibu bapa tak dengar. Cakap guru pun tak diendahkan,” Siti Fatimah yang mempunyai banyak pengalaman dalam isu wanita dan kekeluargaan sebelum menyertai PPLI memberi pandangannya.
 
Beliau menegaskan, keadaan tersebut perlu diubah di mana ibu bapa patut kekal menjadi idola anak serta menjadi rujukan mereka.
 
KURANG MINAT
 
Program keibubapaan kurang menarik penyertaan! Siti Fatimah melihat isu ini lebih kepada faktor kewangan.
 
“Nak keluarkan mungkin RM200 untuk menghadiri seminar atau bengkel sehari mengenai keibubapaan? Ada yang berfikir RM200 ini lebih elok untuk membeli keperluan makanan rumah,” katanya.
 
Bagi pihak majikan pula Siti Fatimah memberitahu bahawa ada yang mungkin beranggapan soal keibubapaan adalah soal peribadi.
 
“Pihak majikan perlu ingat bahawa pekerja yang mempunyai masalah keluarga, akan terjejas tumpuannya kepada tugas dan ini akan menjejaskan produktiviti mereka.
 
“Katakanlah, seorang ibu yang baru mendapat tahu bahawa anak gadisnya mengandung luar nikah, sudah tentu fikirannya terganggu dan dia tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada tugasan.
 
“Kalau kita selaku majikan dapat memberikan kemahiran keibubapaan kepada mereka supaya perkara tersebut dapat dielakkan, maka tak perlulah dia dan keluarganya berdepan dengan kesulitan ini,” jelasnya.
 
Menurut Siti Fatimah, kestabilan rumah tangga termasuk memiliki kemahiran keibubapaan adalah penting ke arah melahirkan pekerja yang tenang dan bahagia yang seterusnya boleh menyumbang kepada produktiviti organisasi.
 
Beliau memberi contoh di Australia, syarikat-syarikat di negara itu menjadi semakin mesra keluarga.
 
Pelbagai kemudahan disediakan bagi memudahkan keluarga para pekerja. Kalau di Malaysia, isu taska pun masih belum betul-betul selesai, di Australia, majikan telah menyediakan “Children’s room” bagi menempatkan anak pada usia persekolahan selepas tamat waktu sekolah.
 
“Dalam masyarakat kita, lepas anak balik sekolah, mereka mungkin ke sekolah agama. Antara dua waktu persekolahan ini, penjagaan anak perlu diuruskan juga.
 
“Bagi yang tidak ke sekolah agama? Mereka mungkin tinggal di rumah bersendirian atau dengan adik-beradik lain tanpa pengawasan orang dewasa.
 
“Nak ambil pembantu rumah, bukan sahaja semakin susah dan mahal, kadangkala tidak berbaloi kerana anak sudah besar,” katanya sambil menambah beliau menyasarkan sekitar 80 peserta yang akan hadir pada bengkel keibubapaan itu.
 
MAKLUMAT BENGKEL
 
Bengkel keibubapaan, yang akan diadakan di Dewan Besar IKIM, No 2 Langgak Tunku off Jalan Duta, Kuala Lumpur itu membawa tajuk “Keibubapaan Anak Remaja: Anakku, Kawanku”.
 
Ia akan membincangkan tiga modul.
 
Modul pertama “Keibubapaan Anak Remaja Dari Perspektif Islam” akan disampaikan oleh pakar motivasi yang tidak asing lagi, Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin yang juga tetamu Segmen D’Zahrah IKIMfm.
 
“Kita memanggil seorang ustaz untuk modul ini kerana kita hendak bercakap mengenai keibubapaan anak remaja menurut Islam.
 
“Dalam hal keibubapaan, Saidina Ali bin Abi Talib iaitu khalifah Islam keempat, pernah berpesan, ‘Bermainlah dengan mereka untuk tujuh tahun pertama, disiplinkan mereka untuk tujuh tahun yang berikutnya, berkawanlah dengan mereka untuk tujuh tahun yang berikutnya dan selepas itu anggaplah mereka sebagai orang dewasa.
 
“Saya berpendapat, kita hanya boleh berkawan dengan anak sekiranya kita telah melakukan dua tugas keibubapaan yang lebih awal iaitu bermain dan mendisiplinkan mereka pada tujuh tahun pertama dan kedua.
 
“Kita bermain dengan mereka semasa mereka kecil dan kita disiplinkan mereka semasa usia persekolahan. Lepas itu, baru kita boleh menjadi kawan mereka ketika mereka remaja,” kata Siti Fatimah.
 
Kadangkala apa yang berlaku ialah ada ibu bapa yang merujuk kepada psikologi Barat dan gaya keibubapaan Barat dan melayan anak seperti kawan dari kecil sehingga remaja.
 
“Disebabkan itu, anak tidak sempat didisiplinkan dan berlakulah kepincangan yang akhirnya menimbulkan masalah dalam diri anak dan hubungan anak beranak itu sendiri. Sebagai orang Islam, mari kita lihat kembali apa Islam kata mengenai hal ini dan amalkannya,” tambah beliau.
 
TIPS UNTUK IBU BAPA
 
Modul kedua, “Ibu Kool, Bapa Hebat” pula akan dikendalikan oleh Jamilah Samian yang juga penerbit tiga buah buku termasuk “Ibu Kool, Bapa Hebat” dan “Groovy Tips untuk membesarkan generasi Y dan generasi Z”.
 
“Jamilah akan memberi tips bagaimana untuk membesarkan anak generasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang kita hadapi sekarang ini.
 
“Ibu bapa yang kool bukanlah ibu bapa yang mengikut sahaja kehendak anak tetapi ibu bapa yang membimbing anak dengan baik.
 
“Mereka tahu macam mana hendak menegur anak tanpa melukakan hati mereka. Mereka tahu bagaimana hendak menyuruh anak berbuat baik tanpa kelihatan seperti memberi arahan,” katanya.
 
Sementara Siti Fatimah sendiri akan mengendalikan modul ketiga bertajuk “Keibubapaan Remaja: Cabaran Semasa”.
 
Untuk modul itu, beliau akan mengambil beberapa isu yang boleh dianggap sebagai cabaran besar kepada ibu bapa seperti pergaulan bebas, pendidikan seks dan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender) dan bagaimana ibu bapa boleh memperkasa diri untuk menjelas dan berbincang dengan anak mengenai hal ini.
 
“Isu LGBT umpamanya, mungkin tidak ramai ibu bapa yang mampu membincangkan perkara ini dengan anak mereka. Kita akan buat perbincangan berkumpulan dan dari situ kita akan bincangkan bagaimana ibu bapa boleh menangani isu tersebut,” kata Siti Fatimah sambil menyarankan agar lebih ramai golongan bapa menyertai bengkel ini.
 
Bengkel itu juga terbuka kepada semua termasuk orang bukan Islam dan ahli akademik yang berminat untuk mengetahui pandangan Islam mengenai keibubapaan.
 
Maklumat lanjut boleh hubungi PPLI nombor 03-6204 6200 atau e-mel jie@ikim.gov.my atau http://www.ikim.gov.my.
 
Oleh Melati Mohd Ariff – BERNAMA

Tips Didik Anak Mengurus Wang

 
     
  1. Ajar anak anda permainan seperti Monopoli, Saidina dan sebagainya.
  2. Sediakan wallet, pouch, handbag atau purse.
  3. Belikan 2 tabung yang cute & kecil. Satu untuk simpanan tetap (Tabung 1) & satu lagi untuk simpanan sementara(Tabung 2). Setiap kali dapat duit, simpan 50 peratus di tabung 1 & 50 peratus untuk 2. Gunakan tabung 2 (simpanan sementara) untuk membeli barang keperluan mereka. Ajar mereka untuk dapatkan sesuatu, mereka harus membuat simpanan. Sekiranya mereka hendak membeli kasut yang berharga RM30, suruh mereka simpan sehingga RM15 dan anda akan top-up selebihnya. Barulah mereka faham cara untuk mendapatkan sesuatu.
  4. Buka akaun bank untuk mereka.
  5. Kenapa tabung simpanan tetap (Tabung 1) mesti bersaiz kecil? Untuk cepat penuh dan mereka akan membawanya ke bank. Di sana mereka akan diberitahu, tujuan membuat simpanan di bank. Mereka akan kerap ke bank untuk membuat simpanan tetap untuk masa depan.
  6. Untuk anak-anak yang beragama Islam, latih mereka keluarkan 10 peratus daripada jumlah simpanan tabung 2 untuk disedekahkan di masjid pada setiap hari Iumaat (semasa solat fumaat). Mereka akan faham konsep bersedekah & fadilatnya.
  7. Latih juga anak anda membuat kerja seperti basuh kereta, kemas bilik, jemur dan lipat baju. Berilah mereka upah sebagai kefahaman untuk mencari duit kita kena kerja. Latih mereka kerja dengan upah berbayar di hujung mingggu.
  8. Beritahu anak-anak kenapa kita harus membeli semasa special offer, promosi, great saving dan sebagainya. Ajar mereka perlunva berjimat. Tidaklah mereka asyik membeli di musim yang tiada promosi.
  9. Latih mereka membuat senarai yang hendak dibeli atau diganti seperti kasut sekolah, kasut sukan, alat tulis dan sebagainya. Bawa mereka ke pasaraya untuk melihat harga bayang yang mereka kehendaki. Suruh mereka salin harganya. Balik rumah, bincang semula berapa kos yang diperlukan. Buka Tabung ke-2 untuk mengetahui jumlahnya. Kira berapa lagi baki yang diperlukan. INGAT! Bantu mereka 50% daripada jumlah keseluruhan.
  10. Sentiasa ingatkan mereka supaya berjimat dan beli yang perlu sahaja