Peranan Suami Ketika Isteri Mengandung
Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk
dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk
meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat
memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk
mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu,
pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk
memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan
yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan
atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka
mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami
membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk
menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi
mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda
mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan.
Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya.
Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang
baik.
Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan
mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami
seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda
lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat
merajuk dan sebagainya.
Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini
segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami
mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula
melakukan tugasan yang sama.
Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang
keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan
sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi
hubungan anda dan anak.
Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya
jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa,
bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.
Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin
memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian
pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.