Powered by Blogger.

Cara Mudah Pajangkan Kaki

Rawatan ini dikatakan boleh memanjangkan kaki sehingga 8 sentimeter. Keseluruhan rawatan termasuk 2 pembedahan menelan belanja US$ 30,000.
 


 


 

Gempak!!! Anak Mati Di Pusat Asuhan


KUALA LUMPUR: "Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.



"Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya.

"Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.

Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya.

"Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri.

"Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu," katanya.

Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi.

"Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber: hmetro

Tentera Rogol Kekasih Bawah Umur


KUALA LUMPUR - Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan merogol kekasihnya yang masih di bawah umur, dua minggu lalu.

Mohd Fahmi Sharifudin, 25, yang bertugas di Kem Sungai Besi mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Fahmi yang masih bujang itu didakwa merogol teman wanita berusia 14 tahun 11 bulan, di sebuah bilik di pusat karaoke, Medan Niaga Tasik Damai Sungai Besi, sekitar jam 4.30 petang, 2 September lalu .

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya hakim, Mohd Fahmi menjelaskan, dia mengenali tertuduh melalui aplikasi sosial mudah alih (we chat) hampir sebulan sebelum menemuinya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurmadiana Mamat memaklumkan jaminan tidak ditawarkan kepada tertuduh kerana kes itu tertakluk di bawah kes yang tidak dibenarkan diikat jamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang belum melantik peguam memohon agar dirinya diberikan jaminan kerana mahu meneruskan tugas, di samping mahu menemui ahli keluarganya.

Hakim, tidak membenarkan jaminan ke atas tertuduh sehingga mangsa selesai memberi kenyataan kepada mahkamah.


Sumber:
sinarharian
Emelia turut memberikan sebab jaminan tidak diberikan kepadanya kerana tertuduh tidak mengemukakan alasan kukuh kepada mahkamah, selain tertuduh masih boleh berhubung dengan mangsa melalui media elektronik dan internet.

Mahkamah turut meletakkan syarat agar keluarga tertuduh tidak dibenarkan berhubung dengan mangsa dan saksi-saksi lain.

Mahkamah menetapkan 22 Oktober depan untuk sebutan kes itu.

Dosa-Dosa Di Facebook


Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.


Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkanfriend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semuafriend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-


a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN


Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 Mei 2010

Curang Dengan Rakan Isteri Ibarat Bangkai Bernyawa

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. Sumber:Jakim
 
 
SUNGAI PETANI - Kepulangan isteri ke kampung halaman memberi peluang si suami melakukan adegan 'mesra' bersama kekasih yang juga rakan kepada isterinya.
Malangnya, perbuatan tidak senonoh itu berjaya dihidu orang ramai yang bertindak menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa Pejabat Agama Kuala Muda, sebelum serbuan dijalankan jam 2 pagi baru-baru ini.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah, Zaiferi Zainul Abidin berkata, seorang wanita berusia 20-an warganegara Indonesia ditahan bersama seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai suami kepada rakannya sendiri dalam operasi banteras maksiat itu.

Menurutnya, ketika serbuan, lelaki itu dipercayai sedang leka menghabiskan masa dengan kekasih gelapnya melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan separuh bogel.

“Anggota penguatkuasa menunggu agak lama sebelum pintu dibuka oleh lelaki ini setelah diketuk beberapa kali.

“Kita juga menemui tilam dan beberapa bantal yang sedia diletakkan di hadapan televisyen dipercayai digunakan pasangan tersebut,” katanya.

Zaiferi berkata, wanita terbabit cuba bersembunyi di sebalik pintu dengan hanya memakai pakaian dalam serta berseluar pendek manakala lelaki tersebut hanya memakai seluar paras lutut.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati, isteri lelaki terbabit yang juga rakan kepada kekasihnya turut berasal dari Indonesia dipercayai sudah beberapa hari pulang ke kampung halaman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988," katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah, Sheikh Radzi Abd Mutlib mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang berkongsi maklumat bagi membantu membanteras kegiatan maksiat di kawasan masing-masing.

Beliau turut menasihati orang ramai yang mengetahui atau menyaksikan sebarang kegiatan mencurigakan supaya menghubungi imam, pejabat agama atau agensi berkaitan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian.

Sumber: Sinarharian

Maut Terperosok Dibawah Treler


SEREMBAN – Seorang pegawai Jabatan Imigresen maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah treler dalam satu kemalangan di Jalan Pantai – Seremban, berhampiran kilang getah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa, Mohd Hazwan Ismail, 27, yang bekerja di Jabatan Imigresen Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Sepang, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki ER6 650 dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja menghala ke rumahnya di Jalan Pantai, di sini.


“Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian hadapan sebuah treler yang membawa muatan getah.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh lalu terperosok di bawah lori dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, treler berkenaan dipercayai baru keluar dari kilang getah berkenaan.

Pemandu treler, Mohd Sukiri Zakaria, 36, berkata, dia dalam perjalanan menghantar getah kompaun itu ke Subang Jaya, Selangor.


“Saya baru keluar dari kilang kira-kira dua minit dan secara tiba –tiba datang sebuah motosikal dari arah bertentangan merempuh bahagian hadapan treler.

“Saya segera turun dan melihat penunggang motosikal berada di bawah lori,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat,” katanya.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan punca kemalangan tersebut.
Sumber: Sinarharian

Isteri Cilik Maut Pada Malam Pertama

Kasihan, Isteri Maut Pada Malam Pertama. Bahaya kahwin anak pada usia muda.


Mangsa yang dikenali sebagai Rawan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang teruk. - Gambar hiasan

SANAA - YEMEN.Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di bandar Meedi, wilayah Hajjah, barat laut Yaman meninggal dunia pada malam pertama perkahwinannya dengan lelaki berumur 40 tahun, pada minggu lalu.


Ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi manusia, Arwa Othman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Rawan mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan rahimnya turut pecah selepas melakukan persetubuhan pertama dengan suaminya.


"Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor gagal menyelamatkannya.

"Pihak berkuasa juga belum mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga pengantin cilik itu mahupun suaminya. Pemimpin puak juga dikatakan cuba untuk menutup kes tersebut selepas ia tersebar secara meluas," jelasnya lagi.


Menurut Al-Arabiya, difahamkan kebanyakan keluarga miskin di negara itu mengahwinkan anak perempuan mereka pada usia yang muda kerana ingin menjimatkan kos selain mahu mendapatkan wang hantaran bagi menyara hidup pada masa depan.

Sumber: Sinarharian

PDRM Bekerjasama Dengan 51 Bank Perangi Jenayah Siber

 
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan 51 buah bank tempatan bagi mengekang jenayah siber atau perbankan internet yang mengakibatkan kerugian lebih RM95 juta tahun lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PDRM menyediakan sebuah portal tentang tip dan modus operandi penipuan siber yang akan dipautkan dengan laman web bank terbabit bagi mewujudkan kesedaran kepada pengguna berhubung bahaya jenayah siber dan mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa jenayah online.

"Kita menyediakan amaran jenayah ataupun amaran penipuan yang akan memuat naik 'the link' iaitu modus operandi di dalam portal kita dan setiap bank itu perlu menghubungkan pautan ini melalui laman web mereka dengan portal PDRM," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kolaborasi strategik PDRM bersama Persatuan Bank-bank Malaysia di Bukit Aman di sini, hari ini.

Kolaborasi di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 7 itu melibatkan kerjasama antara Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Bank Islam Malaysia (IBIM), melibatkan 27 bank di bawah ABM dan 24 bank di bawah IBIM.

Khalid berkata kerjasama itu diadakan berikutan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mendedahkan nilai kerugian keseluruhan kes penipuan siber dalam tempoh tujuh bulan tahun ini adalah lebih RM80 juta.

"Ini baru tujuh bulan pertama tahun ini. Tahun lepas, kerugian dicatat lebih RM98 juta. Ini agak membimbangkan kita," katanya, sambil menambah antara kes penipuan itu melibatkan SMS/panggilan, perbankan internet, godam dan pembelian barangan.

Khalid berkata laporan menunjukkan masih ramai lagi masyarakat yang mudah ditipu selepas berkenalan dengan seseorang yang baharu dikenali menerusi laman-laman sosial dan dengan mudahnya memasukkan wang ke dalam akaun mereka.

"Ini termasuk kes-kes menang hadiah. Kalau menang hadiah kenapa kena keluarkan duit pulak. Saya percaya siri-siri kesedaran dan pendidikan secara berterusan mampu mengekang kejadian ini, termasuk kerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan," katanya.

Katanya kerjasama dengan institusi kewangan ini bukan sesuatu yang baharu kerana perbincangan berkala diadakan empat kali setahun.

Khalid berkata perbincangan itu lebih menjurus kepada pertukaran maklumat demi kebaikan bersama sambil meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan siber supaya tampil membuat laporan polis.

Berita mula diterbitkan pada: September 10, 2013 08:14 (MYT)

Sumber: Astroawani

Melekat Di Cermin Kereta


KAMUNTING - Seorang warga emas maut dalam keadaan mengerikan akibat tangan kanan mangsa putus selepas terlibat dalam kemalangan di sini, semalam.

Siew Yoke Kow, 77, di sahkan meninggal dunia di tempat kejadian kemalangan jalan raya itu di Jalan Kamunting - Taiping berhadapan dengan sebuah bank di sini, kira-kira jam 8.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, dalam kejadian terbabit difahamkan sebuah kereta jenis Proton Perdana yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 29 tahun telah melanggar mangsa yang berjalan kaki dan ingin melintas jalan.

Beliau berkata, kereta yang dipandu lelaki terbabit datang dari arah Kamunting dan menghala ke Taiping.

“Kereta berkenaan kemudiannya terbabas lalu melanggar pula sebuah motosikal yang berada di lorong kiri ketika itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Yusuf berkata, akibat kemalangan terbabit, mangsa yang sedang berjalan kaki meninggal dunia di tempat kejadian.

“Selain itu, penunggang motosikal, Wan Rosley  Ahmad, 51, mengalami cedera ringan manakala isterinya, Zainab Zakaria, 47, mengalami cedera di tangan dan badan. Kedua-dua mereka dirawat di Hospital Taiping sebagai pesakit luar.

“Sementara itu, mangsa yang maut turut di hantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, mangsa yang maut mengalami cedera parah dan tangannya turut putus.

“Difahamkan tangan kanan mangsa yang telah putus dan jatuh di atas jalan raya akibat daripada kemalangan terbabit,” katanya.

Sumber: sinarharian

Ustazah Tiga Beranak Maut


KAJANG – Tragis apabila seorang guru mata pelajaran agama Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan tiga anaknya maut selepas  kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 7 Jalan Kajang-Banting di sini, hari ini.

Kejadian turut menyebabkan seorang anak lelaki guru itu yang berusia tiga tahun kritikal dan  masih mendapat rawatan di wad kecemasan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah untuk mengajar murid sesi petang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kenderaan dipandu mangsa dari arah Bangi ke Kajang dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori.

Rempuhan kuat turut menyebabkan pemandu lori mengalami kecederaan dan terpaksa mendapat rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mereka yang terkorban adalah Rohaya Md Rabi, 35; Nor Nabila Al Huda Mohd Taufid, 9; Nor Nabila Ah Hanan, 7, dan Mohd Nabil Lutfi Al Hadif, 1.

Anak mangsa yang kritikal dikenali sebagai Mohd Nabil Lutfan Al Husni, 3.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Kancil dipandu mangsa bertembung dengan lori menyebabkan mangsa yang memandu tersepit.

“Akibat pelanggaran itu, sebuah van turut merempuh bahagian belakang lori dipercayai akibat tidak sempat menekan brek,”katanya.   

Empat mangsa yang maut dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala dua mangsa yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Kajang.


Sumber: Sinarharian

Pesawat Thai Airways Terbabas

BANGKOK - THAILAND . Lebih 14 orang mengalami cedera ringan apabila pesawat milik Thai Airways terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Thailand, awal pagi semalam.

Jurucakap syarikat penerbangan berkata, tayar di bahagian depan pesawat itu juga dilaporkan tercabut menyebabkan pendaratan tersasar.

“Kejadian berlaku ketika pesawat Airbus 330-300 membawa 287 penumpang dan 14 anak kapal mendarat dari Guangzhou. Penumpang diselamatkan dengan keluar menggunakan gelongsor kecemasan,” katanya.

Menurut saksi, kedengaran satu bunyi kuat ketika pendaratan dan berlaku kebakaran kecil di sebelah kanan pesawat.

“Keadaan kecoh di dalam pesawat apabila penumpang mula menjerit ketika pesawat tidak stabil,” katanya dipetik dari laporan Bangkok Post.

Sementara itu, pegawai lapangan terbang berkata, pesawat itu belum dipindahkan sehingga proses siasatan selesai.

“Lapangan terbang masih beroperasi seperti biasa cuma berlaku kelewatan untuk setiap jadual penerbangan,” katanya.

Sumber: Sinarharian

Pas Punca Syiah Tersebar Di Malaysia?

 
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa pemimpin PAS menjadi penyebab utama fahaman Syiah mula tersebar ke negara ini apabila ada ahli parti itu yang menghantar anak mereka mendalami mazhab Syiah di Iran selepas Revolusi Islam Iran pimpinan Ayatollah Ruhullah Khomeini menang pada 1979.

Nakhaie berkata, anak mereka menuntut di Qom - pusat pengajian Syiah terulung dan terbesar dunia - dan kemudiannya membawa pulang fahaman berkenaan ke negara ini lalu menyebarkannya.

"Ini berlaku semasa saya masih di dalam PAS sebagai Naib Presiden, dan sekarang, gerakan menyebarkan ajaran ini lebih agresif daripada dahulu," katanya.

Beberapa pemimpin PAS sebelum ini didakwa mengamalkan fahaman Syiah, namun kenyataan itu menimbulkan bantahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap Putrajaya sengaja menjadikan isu berkenaan sebagai isu politik.

“Saya nampak kerajaan bukan hendak tangani tetapi mahu jadi isu politik. Sepatutnya, perbincangan antara mazhab ini dilakukan di kalangan ilmuan, ulama yang tahu dalam bidang dia dan bukan mereka yang tidak tahu hala bincang mengenai mazhab ini,” kata Abdul Hadi sebelum ini.

Nakhaie berkata, tidak hairan sekiranya terdapat pemimpin PAS yang begitu taksub dengan Syiah sehingga menggelar pemimpin parti sebagai lembu ekoran lambat bertindak dalam satu-satu perkara.

Abdul Hadi bagaimanapun sebelum ini berkata, jalan terbaik bagi mencari penyelesaian dalam menangani isu kontroversi Syiah perlu kepada perbincangan tertutup secara akademik dan ilmuan.

“Jadi hendak bincang hal Syiah kena ada orang akademik, perbincangan dalaman dan kerajaan mesti bertindak secara ilmu dan bukan bertindak untuk jadikan isu politik,” katanya. ~the malaysian insider

Wanita Gila Talak Ditangkap Dengan Bekas Suami


BATU PAHAT – Memang pelik dan mengejutkan. Seorang wanita baru berkahwin sanggup memilih ‘bekas’ suaminya dan bukan suami yang baru dinikahi untuk melayari ‘malam pertama’.
Bekas suami wanita berusia 55 tahun itu mengaku, mereka berpisah sejak Januari lalu, tetapi masih bermalam di rumah sama, malah perbuatan mereka mendapat restu suami baru bekas isteri.

Sinar Harian difahamkan, wanita itu melangsungkan pernikahan dengan suami barunya pagi kelmarin, sebelum memilih untuk pulang ke rumah bekas suaminya dan bermalam di situ pada hari sama.

Bagaimanapun, perkara terbabit terbongkar apabila Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) daerah Batu Pahat menjalankan serbuan di rumah lelaki itu di Sungai Suloh di sini, jam 3 pagi.

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pihaknya melakukan serbuan selepas menerima maklumat awam dan membuat risikan beberapa minggu sebelum itu.

Menurutnya, wanita terbabit telah bercerai dengan suami lamanya sejak Januari lalu dan mereka tidak mempunyai anak hasil perkahwinan itu, tetapi masih berhubung.

“Pada pagi hari berkenaan, wanita terbabit mendakwa telah bernikah dengan lelaki lain dan ketika serbuan dilakukan, wanita itu berada dalam keadaan berkurung di rumah milik bekas suaminya itu.

“Wanita terbabit mendakwa hanya datang pada malam itu kerana ingin mengemas barangnya untuk dibawa pulang,” katanya.

Saiful berkata, alasan itu tidak dapat diterima kerana aduan dan risikan telah lama dijalankan sebelum serbuan.

Katanya, sebarang alasan diberikan wanita itu, dia tetap melakukan kesalahan kerana berkurung berdua-duaan di dalam sebuah rumah.

“Dia sepatutnya sedar kesalahan dilakukan, lebih menghairankan suami baru dinikahi seolah-olah merestui perbuatan terbabit yang sememangnya menyalahi hukum agama

“Kedua-duanya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

“Mereka akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan berhubung kesalahan dilakukan selesai,” katanya
  
Sumber: Sinarharian

Bahaya!!! Kalimah ALLAH dalam kitab Injil boleh umpan Melayu



KUALA LUMPUR - Penggunaan kalimah ALLAH dalam kitab Injil boleh dijadikan umpan untuk menjinakkan orang Melayu mendekati agama Kristian.
Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr Yusri Mohamad berkata, adalah bahaya membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam kitab Injil.

“Perkara pertama adalah mengkristianisasikan, ia itu mereka menghilangkan rasa fobia atau menjadikan orang Melayu Islam mesra dan tidak terlalu rasa takut untuk mendekati agama Kristian dengan cara ini.

“Kalau kita kaji teks-teks perbahasan Kristian ini, mereka mengakui ia adalah satu daripada pendekatan paling berkesan untuk mengkristiankan orang Melayu. Itu yang merbahaya. Di Indonesia juga contohnya, mereka merasakan mereka telah sedikit sebanyak berjaya dengan pendekatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wacana, 'Nama ALLAH eksklusif atau tidak: Hukum asal, dakwah dan siasah' anjuran Mysuara.net yang diadakan di sini, Selasa lalu.

Dua panelis yang turut diundang dalam wacana itu ialah pensyarah Pusat Kajian Lanjutan mengenai Islam, Sains dan Tamadun (Casis), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid
Samad. Bekas mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi moderator.

Menurut Yusri, sekiranya kalimah ALLAH dibenarkan digunakan dalam kitab Injil, negara ini seolah-olah membuka ruang melihat kepada kehancuran Islam.

“Ini bukan ijtihad siasi, ini ijtihad agama. Kalau kita yakin jika ada sesuatu yang bahaya dalam pendekatan atau dasar, kita buka (ruang kepada) orang kita untuk berjinak-jinak dengan agama lain. Kita tahu di negara ini ada virus Kristianisasi di mana-mana.

“Penyalahgunaan kalimah ALLAH ini bukan pada tempatnya, bukan pada maknanya, tapi kita menjurus kepada realiti Malaysia.

“Betul ia eksklusif, tapi dalam erti kata lain, kita sedang fokus kepada melaksanakan ajaran Islam pada konteks yang khusus kerana kita tahu hukum boleh berubah mengikut tempat, malah daripada seorang kepada yang lain, berdasarkan kepentingan sebenar sesuatu tempat.

“Jadi saya selari dengan majlis fatwa yang tidak membenarkannya,” katanya.

Sumber: Sinarharian

Hangat!!! Iklan Promosi Arak Guna Lambang Masjid


GEORGETOWN - Sebuah syarikat hiburan di Jalan Penang bakal dikenakan tindakan denda maksimum RM2,000 oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) gara-gara mempromosikan minuman keras menggunakan lambang masjid.
Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, pendakwaan berkenaan dikeluarkan melalui Undang-Undang Kecil Iklan MPPP 2000.

“Kami mahu mengambil tindakan sewajarnya terhadap premis ini memandangkan ia juga akan menjadi pengajaran kepada pihak lain bahawa jangan sesekali cuba menyentuh isu sensitiviti agama.

“Kerajaan negeri juga sedang meneliti undang-undang sedia ada yang lain supaya tindakan lebih tegas diambil terhadap pusat hiburan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian berdasarkan laporan Sinar Harian pada 29 Ogos lalu mengenai sebuah syarikat hiburan dipercayai menggunakan lambang masjid untuk mempromosikan minuman arak.

Pada kain rentang iklan berkenaan, syarikat hiburan tersebut mempromosikan minuman keras dengan menggunakan ucapan Selamat Hari Raya dan Sambutan Kemerdekaan.

Tindakan berkenaan dilihat seolah-olah cuba menarik umat Islam untuk melihat iklan berkenaan kerana terdapat gambar masjid.

Sementara itu, koordinator Pemuda Umno Tanjung, Fahami Ashrof Badaruddin berkata, promosi yang menggunakan kain rentang itu diletakkan secara terang-terangan di hadapan sebuah bangunan di Jalan Penang dan dipercayai dipasang sejak awal bulan ini.

Menurutnya, lebih memalukan apabila jalan berkenaan adalah antara laluan utama ke Komtar iaitu pejabat kakitangan kerajaan dan juga tumpuan pelancong.

Sumber: Sinarharian

Dicabul lelaki bersenjata

 
KUALA TERENGGANU - Seorang wanita bukan sahaja berdepan mimpi ngeri apabila lenanya dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki tidak dikenali bersenjatakan pisau, malah dia turut menjadi mangsa cabul, dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Besut, Kemaman, kelmarin.
 
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, mangsa, 27, sedang lena tidur di dalam biliknya sebelum terdengar bunyi tapak kaki orang sedang berjalan di ruang tamu rumah sewanya.
 
“Mangsa berasa curiga kerana ketika itu, hanya dia bersendirian sementara rakan yang lain tiada di rumah.
 
“Disebabkan ketakutan, mangsa mengambil keputusan mendiamkan diri di dalam bilik sebelum secara tiba-tiba suspek telah masuk ke dalam biliknya dengan membawa senjata dipercayai sebilah pisau,” katanya, semalam.
 
Sumber berkata, dalam suasana yang gelap itu, suspek mula mengarahkan mangsa membuka pakaian sebelum meraba mangsa dan bimbang diapa-apakan, mangsa yang ketakutan hanya mampu membiarkan suspek memuaskan nafsunya.
 
“Selepas beberapa minit, suspek kemudian berlari keluar meninggalkan mangsa keseorangan di dalam bilik.
 
“Disebabkan suasana yang gelap, mangsa tidak dapat mengenal pasti muka suspek dan bentuk fizikalnya,” katanya.
 
Susulan kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chukai, Kemaman untuk tindakan lanjut.
 
Sementara itu, Ketua Polis daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.
 
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
 
Sumber: Sinarharian

Akhir Zaman, Wanita Mengaku Nabi ditahan


LAHORE - PAKISTAN. Pihak berkuasa Pakistan menahan seorang ibu kepada empat anak yang mengaku sebagai Nabi.

Pegawai kanan polis, Tariq Aziz berkata, suspek dikenali Salma @ Fatima itu diberkas di bandar timur Lahore, wilayah Punjab, Isnin lalu.

"Seorang imam yang tinggal di kawasan kejiranan suspek mendakwa wanita tersebut turut menyebarkan risalah menghina Islam," katanya kepada AP.

Menurut beliau, suspek berumur 40 tahun yang juga seorang pengetua sekolah swasta itu akan menjalani pemeriksaan psikologi.

Di bawah undang-undang negara tersebut, mana-mana individu yang didapati bersalah menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW boleh dikenakan hukuman mati.

Sumber: Sinarharian