Ajar anak anda permainan seperti Monopoli, Saidina dan sebagainya.
Sediakan wallet, pouch, handbag atau purse.
Belikan 2 tabung yang cute & kecil. Satu untuk simpanan tetap (Tabung 1) & satu lagi untuk simpanan sementara(Tabung 2). Setiap kali dapat duit, simpan 50 peratus di tabung 1 & 50 peratus untuk 2. Gunakan tabung 2 (simpanan sementara) untuk membeli barang keperluan mereka. Ajar mereka untuk dapatkan sesuatu, mereka harus membuat simpanan. Sekiranya mereka hendak membeli kasut yang berharga RM30, suruh mereka simpan sehingga RM15 dan anda akan top-up selebihnya. Barulah mereka faham cara untuk mendapatkan sesuatu.
Buka akaun bank untuk mereka.
Kenapa tabung simpanan tetap (Tabung 1) mesti bersaiz kecil? Untuk cepat penuh dan mereka akan membawanya ke bank. Di sana mereka akan diberitahu, tujuan membuat simpanan di bank. Mereka akan kerap ke bank untuk membuat simpanan tetap untuk masa depan.
Untuk anak-anak yang beragama Islam, latih mereka keluarkan 10 peratus daripada jumlah simpanan tabung 2 untuk disedekahkan di masjid pada setiap hari Iumaat (semasa solat fumaat). Mereka akan faham konsep bersedekah & fadilatnya.
Latih juga anak anda membuat kerja seperti basuh kereta, kemas bilik, jemur dan lipat baju. Berilah mereka upah sebagai kefahaman untuk mencari duit kita kena kerja. Latih mereka kerja dengan upah berbayar di hujung mingggu.
Beritahu anak-anak kenapa kita harus membeli semasa special offer, promosi, great saving dan sebagainya. Ajar mereka perlunva berjimat. Tidaklah mereka asyik membeli di musim yang tiada promosi.
Latih mereka membuat senarai yang hendak dibeli atau diganti seperti kasut sekolah, kasut sukan, alat tulis dan sebagainya. Bawa mereka ke pasaraya untuk melihat harga bayang yang mereka kehendaki. Suruh mereka salin harganya. Balik rumah, bincang semula berapa kos yang diperlukan. Buka Tabung ke-2 untuk mengetahui jumlahnya. Kira berapa lagi baki yang diperlukan. INGAT! Bantu mereka 50% daripada jumlah keseluruhan.
Sentiasa ingatkan mereka supaya berjimat dan beli yang perlu sahaja