Bagaimana ‘Awang Hitam’ Memperdayakan Kita
Nak Tahu Macam Mana ‘Awang Hitam’ Kelentong Kita? PDRM Ada Jawapannya.
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ada mengeluarkan panduan khas mengenai
penipuan yang sering dilakukan warga Afrika kepada penduduk negara ini. Dalam
erti kata lain, kalau anda dihampiri warga Afrika yang menggunakan taktik
seperti mana yang dinyatakan itu, berhati-hatilah supaya anda tidak menjadi
mangsa mereka.
Modus operandi
a. Mangsa berkenalan dengan
saspek melalui internet (chatting/ e-mail)
b. Saspek dan mangsa akan
menjadi mesra dan sentiasa berhubung melalui internet dimana saspek akan
membuat mangsa mempercayainya samada dalam cinta, persahabatan atau sesuatu
urusan perniagaan / pelaburan sebelum menjanjikan sesuatu kepada mangsa.
c. Setelah dapati mangsa
mempercayainya, saspek memberitahu akan menghantar barangan cenderahati seperti
laptop, barang kemas, mata wang asing atau modal pelaburan / perniagaan melalui
perkhidmatan kourier kepada mangsa.
d. Mangsa akan dihubungi oleh
saspek yang menyamar sebagai pegawai kastam KLIA atau pekerja syarikat kourier
dan diminta masukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh
saspek sebagai wang proses penghantaran. Setelah wang dimasukkan, mangsa tidak
menerima barangan seperti yang dijanjikan dan saspek tidak dapat dihubungi
lagi.
e. Kebanyakan saspek kes ini
telah menggunakan akaun bank orang lain. Jumlah kes penipuan African scam
(penipuan melalui email) yang dilaporkan pada tahun 2012 (Januari hingga Ogos)
ialah 41 kes.
Nasihat: Orang ramai dinasihat
supaya jangan mempercayai hubungan percintaan / perniagaan di dalam dunia siber
tanpa pernah menjumpai. Jangan tamak apabila ditawarkan barangan atau bungkusan
yang ditawarkan oleh saspek kononnya barangan kemas dan wang tunai. – Facebook
PDRM