Petua Dan Tips Bibir Cantik Menawan
Petua Dan Tips Bibir Cantik
Menawan | Mungkin ramai diantara kaum wanita inginkan bibir cantik menawan. Tapi ada diantara
mereka yang masih tidak tahu apa punca bibir jadi hitam, mengelupas dan
kelihatan tidak segar. Semestinya mereka ini ingin kan cara dan tips yang boleh
menjadi kan bibir kelihatan lebih sihat.
APAKAH PUNCANYA ?
Bibir yang menggelupas, hitam dan kering adalah
disebabkan kurangnya collagen dalam bibir. Makanan dan minuman yang anda makan
biasanya mengandungi bahan kimia yang banyak boleh mengakibatkan kerosakan bibir. Malah kekurangan vitamin C juga menyebabkan bibir kering dan hitam, namun jika
pengambilan vitamin C yang berlebihan boleh membuatkan nafas berbau. Oleh itu,
terdapat beberapa tips dan petua
yang memudahkan anda melakukan penjagaan bibir dengan berkesan.
Petua Dan Tips Bibir Cantik Menawan
1 . Jangan biasakan untuk menjilat atau
membasahkan bibir terutama ketika bibir tengah kering. Ini kerana air liur
mempuyai enzim yang menyebabkan kerengsaan pada luar bibir.
2. Jadikan lipbalm sebagai teman baik anda.
Bawalah selalu keman-mana anda pergi.
3 . Jangan gelupas atau tarik kulit bibir yang
mati. Ia akan menyebabkan bibir anda luka dan berdarah. Seeloknya gunakan kain
yang bersih atau wet tissue untuk mengelap bibir yang gelupas itu.
4 . Pilihlah gincu yang sesuai supaya tidak
tersalah pilih kerana ia akan menyebabkan bibir anda hitam dan kering. Bagi
penggemar gincu juga, tidak perlulah menggunakan gincu yang sudah setengah tahun
umurnya, kerana ia akan merosakkan bibir anda.
5 . Elakkan daripada selalu memakan makanan yang
pedas, panas dan bergetah seperti duku.
6 . Bagi yang gemar menggunakan bahan semulajadi, hirisan tomato boleh di saukan pada bibir anda. Biarkan selama 10-15 minit
dan lakukan nya sebanyak 2 3 kali sehari. Hasilnya , bibir anda kelihatan lebih
halus dan bebas dari pecah-pecah.
7. Jus lemon yang dicampur madu juga memerahkan
bibir anda kerana jus lemon merupakan pemutih alami yang mengandungi gilseran
yang baik untuk kesihatan kulit. Tambahan pula, madu boleh melembapkan kulit
serta bibir kelihatan semulajadi lebih lembap. Untuk hasil yang baik, lakukan
sebanyak 2 kali seminggu terutama dalam suhu sejuk dan panas.
8. Minum air 8 gelas sehari boleh mencegah
dehidrasi yag menyebabkan bibir kering dan merekah.
9. Bersih gincu sebelum tidur, boleh mengelakkan
debu dan bakteria melekat.
10. Jangan merokok dan minum alkohol (haram bagi
Muslim) kerana rokok dan alkohol mempunyai bahan kimia yang boleh hitamkan bibir
.