Hati-Hati Doktor Pembedahan Kosmetik Palsu
GEORGETOWN - Kementerian Kesihatan perlu mengambil tindakan tegas
terhadap pakar perubatan atau doktor yang menjalankan pembedahan
kecantikan secara tidak bertauliah.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris juga meminta kerajaan menguatkuasakan segera garis panduan mengenai perubatan estetik.
Beliau berkata, CAP menerima banyak aduan mengenai pembedahan kosmetik sejak 80-an tetapi sehingga kini masih belum ada undang-undang untuk melindungi pengguna.
“Mereka tidak boleh dituduh melakukan jenayah walaupun pengguna yang mendapat perkhidmatan kecantikan itu meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal.
“Kerajaan perlu kawal promosi rawatan kosmetik dan jatuhkan hukuman penjara ke atas mereka yang mencabuli undang-undang itu,” katanya kepada media semalam.
Menurutnya, kementerian kesihatan kini hanya mempunyai kuasa untuk bertindak di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (PHFSA)1998 dan Akta Perubatan 1971.
“Undang-undang yang ada sekarang tidak cukup untuk melindungi pengguna daripada diperdaya oleh ‘pakar bedah kosmetik’ yang tidak berkelayakan.
“Untuk menjalani pembedahan kecantikan, ia memerlukan perbelanjaan yang besar, bukan semua orang mampu.
"Justeru ada sesetengah daripada mereka sanggup mengunjungi pusat kecantikan ‘lorong belakang’ yang tidak mempunyai kelayakan tetapi murah,” katanya.
Mohamed berkata, sejak kebelakangan ini media melaporkan ada wanita yang maut selepas menjalani pembedahan kosmetik.
Beliau berkata, ada pelanggan maut kerana menjalani rawatan sedut lemak (liposuction) serta mengalami alahan yang amat teruk.
"Lebih kritikal katanya, apabila ada pengguna yang maut sebab mengalami kerosakan saraf dan tidak kurang juga ada yang mengalami kecacatan kekal.
"Oleh itu, dapatkan rawatan daripada doktor yang amanah melakukan pemeriksaan ke atas pesakit sebelum memutuskan menjalani rawatan berbanding pusat kecantikan yang akur dengan permintaan pelanggan tanpa mengambil kira risiko,” katanya.

Sumber: Sinarharian