Surat Rasmi Untuk Tambah Kuota
Lawak Betul!! Surat Rasmi Untuk Tambah Kuota |
Ingatkan surat rasmi apalah tadi. Ada juga surat rasmi macam nih kan. Memang
Puteri gelak-gelak jek baca, sangat lah skema sampai buat surat rasmi. Nangis si
isteri membacanya nanti. Selamat membaca =)
Lawak Betul!! Surat Rasmi Untuk Tambah Kuota
Md. Ali bin Abd. Aziz
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang, 78000
Alor Gajah, Melaka.
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang, 78000
Alor Gajah, Melaka.
Norihah binti Ali
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang,
30.6.2013
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang,
30.6.2013
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK
BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah
kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat
masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan,
eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan
setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di
pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam
organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan
datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya
masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu
nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa
keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat
mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat
saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan
kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga.
Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat
menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta
besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan
seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat
kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari
kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan
miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di
perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang
selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati
ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku
Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya
cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya
dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat
meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat
berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari
pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya
balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang
menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan
ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi
kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan
masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali
ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini
dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga
akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG
RUMAHTANGGA BAHAGIA”
Yang Ikhlas Memohon,
Suamimu…